Tips pilih seluar dalam - Ini bukan entri saja buat-buat. Kalau nak tulis entri baru, mesti berada di dalam keadaan selesa. Dan apabila sebuat pasal keselesaan, pastinya pakaian adalah salah satu punca untuk selesa. Keselesaan perlu apabila mahu menulis entri baru bagi blogger. Kalau tak selesa, ayat-ayat dalam entri pun akan jadi tunggang-langgang.

Salah satu aspek penting dalam pemakaian ialah kesesuaian dan keselesaan seluar dalam. Kalau seluar dalam tak sesuai, maka empunya pemakai akan jadi tidak selesa. Bila tak selesa, jadi tidak keruan. Maka, entri ini ingin berkongsi serba sedikit tips dan panduan dalam memilih seluar dalam.

Pemilihan seluar dalam yang betul penting supaya kita akan berasa relaks dan tidak terganggu dek saiz atau jenis seluar dalam yang dipakai. Tak gitu?

10 Tips dan Tatacara Memilih Seluar Dalam

1. Apakah cara betul ketika mengenakan seluar dalam menentukan keselesaan pemakai? Sarungkan seluar dalam dan tarik ke atas sehingga posisi selesa. Pastikan bahagian belakang seluar memenuhi keseluruhan punggung. Pastikan pita di bahagian pinggan dan perut tidak berlipat. 

2. Di manakah posisi betul panel bawah seluar dalam? Pastikan jahitan pada bahagian hadapan panel kelihatan dan tidak seharusnya terselit ke belakang bagi memastikan keselesaan sepenuhnya. 

3. Pinggang seluar dalam sentiasa bergulung tapi bahagian pinggulnya selesa. Anda mungkin memilih saiz seluar dalam yang salah. Pinggang seluar dalam mestilah berkedudukan tetap dan selesa serta tidak berlipat. Saranan saya, cuba saiz yang lebih kecil dan rekaan berbeza. 

4. Kaki seluar dalam menggigit dan bergulung. Adakah ia pilihan yang betul? Kaki seluar dalam tidak sepatutnya menggigit dan bergulung. Jika keadaan itu berlaku, tandanya anda memakai seluar dalam terlalu kecil. Periksa sama ada bukaan kaki seluar dalam berkedudukan sama dari sisi ke sisi? Jenis fabrik seluar dalam anda daripada bahan memeri atau berelastik? Jika masih mengalami masalah yang sama, pilih seluar dalam berpotongan tinggi. 
panduan dan tatacara yang betul memilih seluar dalam yang sesuai

5. Seluar dalam seperti mahu terlondeh Pilihlah saiz seluar dalam yang betul. Seluar dalam yang muat dengan selesa adalah seimbang dan selari serta meliputi semua bahagian punggung. Ganti seluar dalam yang lusuh dengan yang baru kerana getah pinggangnya mungkin sudah hilang keanjalan. 

6. Apa yang mesti dilakukan untuk mengelakkan garisan seluar dalam kelihatan pada pakaian? Pilih seluar dalam berliputan penuh seperti potongan maxi atau potongan seluar pendek (short). Kedua-duanya memberikan keselesaan sama seperti seluar dalam biasa malah ia mampu mengelakkan kesan seluar dalam jika anda mengenakan pakaian ketat. 

7. Apakah fabrik terbaik untuk memastikan keselesaan seluar dalam? Ada pelbagai jenis fabrik yang digunakan untuk membuat seluar dalam. Fabrik terbaik tentunya yang diperbuat daripada kain kapas. Fabrik lycra spandex dan nylon spandex memberikan kebebasan dan regangan bebas dari segi kemasan untuk tubuh. Namun, saranan saya, apa juga pilihan fabrik seluar dalam anda, pastikan panel bawah dilapik fabrik kain kapas bagi memastikan serapan serta pengeringan segera. 

8. Bila seluar dalam perlu ditukar baru? Fikirkan bila berdepan bencana seperti kemalangan dan perlu dibawa ke hospital, tentu anda malu jika tersingkap kain, terdedah seluar dalam yang lusuh dan koyak. Seluar dalam memainkan peranan untuk meningkatkan keyakinan diri seseorang. Panduan untuk bertukar seluar dalam adalah: Jika lipatan pada kaki dan bahagian pinggang telah mengembang dan longgar, tepinya bergulung atau terlondeh, jahitan tets atau fabriknya menipis dan tidak selesa dulu. Inilah faktor yang menyebabkan anda perlu bertukar kepada seluar dalam yang baru.

9. Bagaimana menjaga seluar dalam? Periksa label peraturan mencuci yang disediakan. Ia bukan sekadar hiasan tapi maklumat penting sesuai fabrik. Boleh juga cuci menggunakan uncang khas jika menggunakan mesin pencuci. Keringkan di tempat redup dan berangin. Panas terik akan menyebabkan fabrik elastik cepat longgar. 

10. Bagaimana menentukan saiz sebenar seluar dalam anda? Dapatkan tali pengukur kemudian ukur sekeliling saiz pinggang, ukur bahagian paling berisi di bahagian pinggul (biasanya 10 inci di bawah pinggang).

Oh ya, kalau anda lebih selesa tanpa seluar dalam, maka sia-sialah anda baca entri ini .. hahahhaa... have a nice day people and remember to write better is to be comfortable.

Sumber: Majalah Familia

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Terima kasih sharingnya, semoga terus berkembang ilmunya :)

    busana muslim

    BalasPadam
  2. apa yang penting jgn pakai kat luar..betul x??hehehe

    BalasPadam
  3. kalo ketat sgt pun xblh jugak...lg elok kalo pakai boxer jer..

    BalasPadam
  4. pakai boxer lagi selesa :) apa pon good tips

    BalasPadam
  5. hahaha.. yang pasal kemalangan kemudian seluar perlu dibuka tu ada pengalaman.. nasib baik tak pakai sepender yg dh haus getahnya.. kalu tak malu..hehehe

    BalasPadam
  6. haha..ada gak tips macam ni rupanya..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement