Widget Hello Bar untuk hebahan dan pengiklanan. Rasa macam ruang di blog anda sudah sempit dan tidak muat? Tapi pada masa yang sama, anda mahu promosikan entri menarik blog anda, dan juga promosikan produk affiliate atau iklan 8Share dan ChurpChurp. Jika ada masalah ruang, cubalah guna widget hello bar ini.

Widget hello bar adalah widget yang pada saya sangat cool. Pernah menggunakannya, saya fikir ia widget yang sangat sesuai bagi selesaikan masalah ruang di blog.

Widget Hello Bar Untuk Hebahan dan Pengiklanan

 
Widget ini boleh digunakan untuk hebahan serta pengumuman, selain memanipulasikan ia sebagai salah satu cara untuk anda promosi produk affiliate mahupun iklan berbentuk teks di blog. Widget ini akan berada di atas blog anda, dan ia adalah widget responsif yang akan turut sama terpapar jika pengunjung singgah di blog anda menerusi tablet atau peranti mudah alih yang lain.

Widget Penyelesaian Masalah Ruang Blog

Walaupun begitu, ada masa widget ini tidak berapa sesuai dengan template sesebuah blog. Anda kena uji dahulu penggunaannya samada ia relevan atau tidak. Tetapi secara umumnya, ia antara widget penyelesaian masalah.

Selain paparkan mengenai hebahan atau pengumuman, dan juga untuk mempromosikan sesuatu; ia juga boleh digunakan untuk paparkan tweets dari akaun Twitter anda. Maka, secara tidak langsung, ia boleh dijadikan sebagai tool untuk tingkatkan engagement dan follower akaun Twitter anda.

Menariknya, widget ini boleh diletakkan di dalam blog dengan mudah, hanya ikuti langkah diberikan, dan anda boleh variasikan penampilan Hello Bar ini di blog anda. Ia boleh samada muncul kekal di dalam blog atau boleh secara automatiknya disembunyikan. Terpulang kepada anda untuk kreatifkan diri menggunakan fungsi Hello Bar ini.

Ingin mencuba widget pilihan saya ini? Anda boleh daftar dan gunakan menerusi pautan ini: Web Toolbar - Hello Bar

9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. mcm mne nak ltak iklan nuffnang kat sidebar tu ye?

    BalasPadam
  2. @SyUhAdA Yang keluar masuk tu ke? Hmm guna koding biasa - actually koding ni saya crack dari sebuah laman web popular ..hehehehe... tidak semua template blog boleh guna koding ni ...

    BalasPadam
  3. @HasrulHassan [HH] aah, yg mcm tu..ooh, yeke..nnti wat la tuto HH..nak try bleh ke x..sb smart widget tu..hehe..

    BalasPadam
  4. aku tak bape suka sangat menatang ni,..walaupun nampak best..:D

    BalasPadam
  5. Dulu banyak blog bro jumpa guna widget ini... Now macam xramai je yg guna.

    BalasPadam
  6. Dah tak ramai rasanya pakai benda ni.. Aku pernah pakai kejap dulu.. Tapi tengok dia efek pada loading speed blog kita.. Sebab load slow sangat aku buang je terus..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement