As-Salam.
Ahakss ... sebenarnya bukan untuk photographer atau jurugambar sahaja, tetapi sesiapa sahaja yang gemar menukilkan gambar dari bicara dalam blognya boleh ikuti panduan yang HH berikan ini.
Mengapa template blog buat photographer ini perlu diberikan panduan? Sebabnya ialah ... template blog yang mahu menempatkan gambar perlulah sesuai. Ia sarat dan pastinya akan memberatkan blog. Bila blog berat, loading gambar yang sangat lambat akan menyebabkan pengunjung malas nak tunggu lama, lalu .... berlalu berlalu pergi.
Template blog yang sesuai buat blog seorang yang suka post gambar ialah blog yang tentunya tekankan aspek gambar, dan paling baik ialah blog yang menyampaikan dalam bentuk thumbnails (paparan dalam bentuk imej lebih kecil). Atau dengan kata lain dalam bentuk satu galeri. Perlu ada kategori, perlu ada signifikasi dengan tajuk.
Blog tak perlu widget yang sarat, cukup minimal kerana yang penting adalah gambar. Foto cantik tentunya menarik minat sesiapa sahaja, jadi ia satu kelebihan ketara buat blog jurugambar.
HH berikan beberapa contoh template berikut yang diambil menerusi Blogspot Premium Template. Ia sekadar panduan dan sebagai gambaran asas apa yang cuba HH sampaikan dalam panduan ini.
Contoh Template Blog Untuk Photoblog
Untuk mendapatkan template blog sebegini: Premium Blogspot Template (klik) atau gunakan sahaja kreativiti anda dalam template yang telah pun tersedia dalam blogspot ini.
menarik templete2 tu..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.