Sebut je Maliau Basin, pasti ramai yang tidak tahu ... kalau tahu pun mungkin disebabkan anda berasal dari Sabah. Maliau Basin atau Lembangan Maliau sememangnya menjadi syurga kepada para penyelidik dan pencinta flora dan fauna di Sabah. Ia diumpamakan sebagai 'Lost World' di negeri bawah bayu itu. Maliau yang membawa maksud ‘susu atau kelam’ dalam bahasa suku kaum Murut merujuk kepada air Sungai Maliau yang berwarna gelap berikutan keadaan fosil batuannya.


Lembangan ini meliputi keseluruhan kawasan seluas 588.4 kilometer persegi, Maliau Basin yang dikatakan berbentuk seperti sebuah besen disempadani oleh tebing yang menjangkau ketinggian 1,675 meter dari aras laut. Pada asalnya, lembangan itu merupakan sebahagian daripada kawasan konsesi balak milik Yayasan Sabah.

 

Menyedari keunikan kawasan itu, pada tahun 1981, pihak yayasan telah menjadikannya sebagai kawasan pemuliharaan dengan tujuan penyelidikan, pendidikan dan latihan seiring dengan Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum.

Pada tahun 1997, kerajaan Sabah mewartakan lembah sungai itu sebagai kawasan Hutan Simpan Dilindungi (Kelas 1). Badak sumbu Sumatera, orang utan, monyet proboscis, harimau dahan, beruang Malaya dan gajah paling kecil di dunia - borneo pygmy elephant adalah antara spesies haiwan yang boleh ditemui di situ.

Malah, kawasan itu juga menjadi habitat kepada 290 spesies burung termasuk bekia dan burung Jambul selain lebih 35 spesies amfibia, ikan, ketam dan kumbang air. 


Selain daripada keunikan spesies tumbuhan dan haiwan, Maliau Basin juga merupakan kawasan paling banyak air terjun di negara ini. Sehingga kini lebih 40 buah air terjun telah ditemui termasuk yang paling terkenal iaitu air terjun tujuh tingkat setinggi 28 meter terletak di Sungai Maliau.

Untuk info lanjut, boleh layari Sabah Tourism: KLIK SINI.


Sumber: Kosmo!

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. sya sdh ke sini tp tak smpi la ke tempat ada waterfall tu..jauh nak kena berjalan..tp mmg best..cuma kalo nak p sini mungkin trpksa amik profilaksis utk malaria..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement