As-Salam. Tajuk entri memang memberikan peranan yang besar dalam menarik minat pengunjung dan pembaca blog. Tajuk entri mesti mantap agar setiap kunjungan berbaloi, dan menjadikan mereka tertanya-tanya akan isi kandungan yang bakal disampaikan. Bagaimana caranya untuk blogger memberikan tajuk yang mantap dalam setiap entri?

Ia sememangnya bukan sesuatu yang mudah, kerana terpaksa bersaing dengan blog-blog yang lebih hebat selain laman web yang memang mesra SEO. Untuk itu, pastikan kata kunci paling sesuai digunakan untuk tajuk entri anda.

3 Tatacara Memberikan Tajuk Yang Mantap Untuk Blog

  1. Tulis Tajuk Yang Ramai Orang Cari - Sebelum anda memberikan tajuk, anda cubalah Google atau Yahoo Search tajuk entri yang anda ingin tulis. Lihat kekuatan-kekuatan yang ada pada tajuk itu. Berapa banyak laman web dan blog yang disenaraikan dalam tajuk dengan kata kunci tersebut.
  2. Tulis Entri Berdasarkan Tajuk, Pelbagaikan Definasi - Adakalanya tajuk sahaja tidak memadai untuk membolehkan entri anda tersenarai. Maka, tajuk dan isi mesti saling berkait rapat. Perenggan pertama mesti dan perlu ada definasi untuk tajuk yang anda berikan. Kemudian, pastikan kata kunci yang ada pada tajuk, terdapat juga pada perenggan pertama entri anda. Dalam entri, pelbagaikan definasi tajuk anda, kerana ada pembaca yang mencari tajuk tetapi berlainan topik.
  3. Tajuk Perlu Lengkap - Biar sedikit panjang tetapi lengkap dan menyeluruh, ia menerangkan secara total apa yang anda akan sampaikan dalam entri blog anda. Ia juga memudahkan pencari maklumat di laman maya. Tajuk yang agak spesifik lebih disukai, dan ia memberikan kelebihan niche tersendiri dalam enjin carian.


Ok. Boleh cuba panduan diberikan untuk memantapkan blog anda. Jangan segan-segan bertanya .... :)

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Balasan
    1. Setuju je? Sah tak nih? hehhee... errr jangan lupa kongsikan atau LIKE ...boleh juga Google+ atau tweet ... mana tahu leh dapat points lebih ...

      Padam
  2. betul tu HH...sy dah cuba dan memang bila kena tajuknya maka entri kita akan tersenarai dalam web carian..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement