As-Salam.
Acapkali HH beritahu, untuk tampil tersendiri dalam dunia blog, ialah dengan mempunyai reka bentuk dan layout blog yang menarik. Tataletak yang kemas, bentuk serta penampilan warna mengambil sedikit sebanyak perhatian pengunjung blog untuk menjenguk isi kandungan blog anda.

Paling sesuai ialah template blog yang ringan, kemas serta tidak terlalu banyak warna. HH selalu pastikan blog tidak ada lebih dari 5 warna, dan kalau boleh warna-warna ini tidak terlalu kontras antara satu sama lain.

Ada blogger bertanya, di mana HH dapatkan template blog? Selalunya, untuk cara mudah, dapatkan sahaja template blog yang dah disediakan oleh blgspot. Ia mudah untuk kita buat customization tanpa ada sebarang masalah atau konflik. Namun, tidak semua yang reti nak mereka-reka template tu dari biasa menjadi luar biasa.

Kepada yang kurang berminat dengan template 'standard' yang disediakan oleh blogspot, boleh sahaja dapatkan dari beberapa laman web lain yang menyediakan beberapa rekabentuk yang menarik, dengan beberapa ciri tambahan. Ciri-ciri ini termasuklah beberapa icon menarik, widget meringankan blog yang tersedia ada dalam koding, serta paparan slider seperti HH gunakan dalam blog ini. Malah, ada di antara template ini sudah mesra SEO, jadi anda tak perlu fikir tentang SEO lagi.

Anda boleh jenguk, jerkah dan ambil template-template yang diistilahkan sebagai premium template ini. Walaupun ia dianggap sebagai template premium, ia adalah percuma. 

Antara tempat atau laman web yang sediakan template menarik adalah: Premium Blogger Template

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. aie baru tukar ke template yg baru...kalau sebelum ni guna template standard jer,malas nak edit2...hehe

    BalasPadam
  2. terima kasih atas info yang sangat berguna :)

    BalasPadam
  3. tks for the info.. Dah lama berniat nak tukar template =)

    BalasPadam
  4. stakat ni blum bercadang utk tgk template lain, sbb blum jumpa yg sesuai...

    BalasPadam
  5. saya sebenarnya baru je tukar template.. dan masih belajar, tak pandai lagi.. terima kasih pada info..

    BalasPadam
  6. terima kasih atas perkongsian ini :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement