As-Salam.
Apabila nak menulis entri, anda harus fikir dulu apa yang perlu anda tulis, jangan tulis semborono. Selalunya, apabila entri berkaitan jiwa, berkaitan hati serta perasaan, ramai antara blogger yang suka menulis ikut rasa, bukan dari ikut fikir, ikut akal. Bukan apa, adakala tanpa sedar, kita menyakitkan hati yang lain, tanpa sedar, kita membuka aib diri.

Fikir dulu apa yang mahu diluahkan, cuba buat draft dulu ketika semuanya masih segar, tapi jangan siarkan dulu. Ambil masa beberapa minit atau beberapa ketika selepas draft entri itu disiapkan dan tenangkan diri. Kemudian, anda lihat kembali draft entri anda, baca semula dari awal sampai habis. Kemudian, fikir .... adakah ia sesuai untuk dibaca oleh pembacaan umum?



Ada kata, nak diluah kisah menarik kena tulis dari jiwa, dari hati .... hmm memang benar, tapi harus juga diingat bahawa ada masa hati itu terlalu sarat dengan kesedihan dan kekecewaan, sampaikan kita sendiri tak perasan bahawa kita menyakiti hati lain dalam entri kita. Syaitan itu memang suka mengusik jiwa yang sedang duka lara, jadi jangan jadi mangsa hasutan syaitan yang memang suka melagakan manusia yang punyai iman.

Maka, fikir .... fikir dulu apa yang ingin diluahkan. Baca kembali draft tulisan entri jiwa dan hati anda itu. Buat pembetulan mana yang perlu, dan tulis dengan semanis mungkin, kerana ada ketika kerana hanyut dek perasaan, kita terhambur kata-kata yang tidak elok dan boleh menimbulkan fitnah yang tak perlu.

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. betul tu. kdg2 tengah taip, padam balik sebab rasa ayat x sesuai.

    ReplyDelete
  2. bila ada idea, semua boleh jadi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Bisnes Tudung Online
Sebelumnya Seterusnya
Bisnes Bundle