As-Salam.
Kali ini saya ingin kongsikan satu petua untuk menarik pengunjung menjadi pembaca di blog anda. Apa yang pengunjung anda suka baca di blog anda?
Itulah persoalan yang perlu ditanya apabila anda dah makin mula menyerlah dalam dunia blog. Inilah kekuatan blog anda. Kadangkala kita sendiri tak sedar, tetapi kita boleh mencari mana pilihan pembaca untuk blog kita. Anda boleh gunakan pelbagai widget yang ada, contohnya, widget entri paling banyak komen, widget menggunakan facebook plugin, yang saya gunakan di dalam blog ini. Dari situ, anda boleh agak, dan boleh meneka secara rawak mengenai apa yang mereka suka baca dalam blog anda.
Daripada pengetahuan itu, maka binalah kredibiliti blog anda. Ramai yang akan merujuk blog anda selepas itu, apabila anda menjadi antara yang pertama, terbaik dalam memberikan entri2 yang mereka cari.
Cara kedua, ialah dengan mencari hari bilangan pengunjung anda ramai, dan lihatlah posting yang paling popular diklik oleh pembaca pada waktu itu. Jika dah dapat, maka anda buatlah entri2 yang lebih kurang, hampir serupa atau bersifat sekuel dengan entri-entri yang menerima bilangan trafik tinggi tersebut. Untuk melihat trafik, anda boleh gunakan statistik menerusi blogspot yang ada disediakan.
Amacam? Senang tak panduan ini? Ini bagi membolehkan anda menerima pengunjung berterusan lalu menjadi pembaca blog anda secara konsisten.
tips yg bagus... terima kasih...
ReplyDeletemenarik.. thank you bro
ReplyDeleteterima kasih kerana share ilmu. :) semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh-Nya
ReplyDeleteterima kasih... Nnt sy nak cuba...
ReplyDeletethanks...
ReplyDeletehttp://akakdisebalikpintu.blogspot.com/2011/11/macamana-kucing-ni-boleh-berada-diatas.html
terima kasih ya
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.