As-Salam.
Alahai, sapa blogger tu? Hmm kalau belek2, tengok2 ... saya ada ciri-ciri keduanya, saya memang rajin spam shoutbox blog orang lain ... selalunya saya akan tulis begini:

"Jom lihat gambar terbaru yang saya ambil di etc..etc..."
"Kisah pengalaman saya ...etc..etc ..."

Itu kisah saya blogwalking awal-awal, semasa blog saya ada shoutbox sendiri kat tepi kaler hijau, siap leh main hide-hide, seek-seek lagi. Masa tu, memang trafik tak tinggi mana, kira macam nak mencari trafik ke bloglah, yelah, promo yang memerlukan daya usaha yang sedikit lebih sebab kena jelajah dan jelajah meninggalkan komen yang serupa (spam). Tapi last-last saya malas dah.

Saya buang shoutbox apabila saya dapat tahu ada aplikasi automatik yang boleh meninggalkan komen spam di kotak-kotak jerit ni.

Saya juga antara blogger yang ada buat segmen. Itu cara mudah untuk saya promosikan blog saya dengan bantuan blogger lain yang join. Trafik .. tentulah ada, dan kadangkala tak ada orang join pun. Bab-bab kena tag dengan segmen pun ada. Dan saya pun rajin gak join segmen walaupun saya sendiri gak dok buat. Tiada isu bagi saya.

Antara keduanya sama je hujung pangkal, semuanya gara-gara trafik, segalanya kerana mahu promot blog. Salah? Tak salah pun rasanya. Jika ada segmen dibuat, nak join, boleh join. Salah ke berikan trafik ke blog orang lain hatta dia merupakan blogger yang dah terkenal sekalipun? Kenapa nak marah? Kenapa nak rasa ditipu? Aiyakkk .. sebab jeles si dia tu dapat trafik ke?

Yang kaki spam shoutbox macam saya pun satu hal. Macam tak ikhlas je singgah blog orang lain, hanya semata nak tinggalkan link dan komen promo. Tak baca pun kan isi blog tu? Apa bezanya dengan si kaki segmen? Sekurangnya si kaki segmen baca juga entri pasal segmen tu.

Aduh aduh. Segmen nak memeriahkan dunia blog, boleh apa merapatkan dan perkenalkan blog. Saya tiada masalah dengan perkara ini jikapun ia jadi isu.

Kaki komen di shoutbox, saya pun tiada masalah. Jika ada shoutbox, nak jerit dan tinggalkan komen promosi, silakan. Nanti agak2 tuan rumah dah ada ramai follower, dia buanglah.... yelah, nak bagi blog tak berat, nak kurangkan kontroversi. Shoutbx mana leh nampak muka ..ye tak? Hehhehee....

Alahai blogger Malaysia. Buat ini salah, buat itu salah sedangkan salahnya tak la besar memfitnah orang, melagakan blogger. Bila dah jadi batu api, disuruh mengaku .. macam-macam alasan diberi. Cuba tak buat gitu, takkan timbullah perkara gini.

Fikirkan yer. Like jika sudi, share jika mahu. Kalau ada rasa terpendam di hati, komen sahaja, saya pasti akan memaafkan jika ia mengguris hati saya. :P


*p.s: Harap maaf jika entri ini memedihkan untuk dihadam buat mereka yang terasa, saya pohon maaf kerna niat saya nak betulkan keadaan yang tak berapa nak betul, pada pandangan saya.

21 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. x de salahnyer ~ paling kurang pon boleh la kenal mengenal.. x gitu ?

    BalasPadam
  2. hebat.. saya suka ulasan ini..... (",)

    BalasPadam
  3. blog lama dlu ade shoutbox.. blog bru ni mmg x lyan shoutbox.. hihi..

    kalau segmen, mmg sy x pernah buat.. huhuhu

    BalasPadam
  4. tak tahu isu terkini pasal blogger gaduh2 ni. Dah jarang BW.

    serius blog aku teruk, sedihnya

    BalasPadam
  5. tak tahu isu terkini pasal blogger gaduh2 ni. Dah jarang BW.

    serius blog aku teruk, sedihnya

    BalasPadam
  6. Mas pun dah lama buang shoutbox... kalau masuk blog orang lain lebih suka komen, baru mesra kan?

    BalasPadam
  7. itu la namanya mmanusia ..
    sntiasa dengki bila ad org y lebih dri dia .
    bkn nk bsaing scara shat .. cuba mcari ksalahan. paling ta bole dtrima sgup mjatuhkan y sma bgsa , sma agama ..
    sangat memalukan .

    BalasPadam
  8. menarik.. kena ada luahan hati sama, baru para blogger sedar apa yg mereka telah lakukan.

    BalasPadam
  9. dalam proses nak buang shoutbox tapi demi mudahkan kawan bersembang kat situ niat terbatal..:)

    BalasPadam
  10. @Cik Tie@Akak Itulah .... nak puaskan hati semua pihak bukan mudah

    BalasPadam
  11. @FaKArePa!n Elakkan sensasi ..lupakan kontroversi

    BalasPadam
  12. @mas saariErkkk ..hehehee... ye ye ..betul tu Mas ...

    BalasPadam
  13. @fierul Dalam dunia blog yang tak seberapa ni pun nak wat benda yang sama ..adeh adeh ...

    BalasPadam
  14. @Bro Ahmad Tak perlu buang shoutbox kalau ia memanfaatkan anda.

    BalasPadam
  15. Bro HH,

    Dulu memang Jamal pernah letak ShoutBox, tapi bila tengok banyak spam je yg masuk, terus Jamal remove.

    Nak kejar traffic tak salah, tapi cuba la aplikasikan teknik yg tak buat orang menyampah. Cuba la belajar sikit teknik SEO tue, tak payah susah-susah nak ping sana, ping sini nanti kan. Dan kalau nak ping pun, pastikan la jangan spam sites orang lain ye kawan-kawan.

    Good Luck semua.

    my new blog... Oil and Gas Blog

    BalasPadam
  16. untuk sesama blogger ....seharusnya saling menjaga silaturahmi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement