As-Salam.
Ramai yang masih keliru mengeai AIDS. Mereka kebanyakkan memahami bahawa AIDS ini adalah penyakit khusus yang punyai tanda-tanda tersendiri. Namun, hakikatnya ... tanda-tanda itu sebenarnya adalah dijangkiti oleh HIV Positif, dan bukannya AIDS.
Apa itu AIDS? AIDS (Acquired Immune Deficiency Syndrome) adalah penyakit Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit. Ini berkaitan dengan ketahanan badan, di mana sel darah putih dan antibodi badan sangat lemah, sehinggakan apabila mereka yang terkena HIV Positif boleh maut hanya kerana demam mahupun selsema biasa.
AIDS bukanlah satu penyakit yang tersendiri. AIDS merujuk kepada kumpulan penyakit-penyakit yang dihidapi oleh orang-orang yang positif HIV. Dengan lumpuhnya keupayaan tubuh, mereka yang dijangkiti HIV lebih mudah terdedah kepada pelbagai jenis kuman, termasuklah yang tidak membahayakan manusia normal. Di antara penyakit-penyakit ini termasuklah jangkitan-jangkitan oportunistik (iaitu yang mengambil kesempatan) seperti radang paru-paru, batuk kering, thrush (selaput putih pada lidah dan dalam mulut), beberapa jenis barah dan beberapa jenis penyakit kulit seperti kayap.
Maka, harapnya dengan penjelasan ringkas ini, dapatlah kiranya kita lebih faham apa itu AIDS. AIDS bukanlah yang patut ditakuti oleh orang yang tidak dijangkiti, tetapi virus HIV yang menyebabkan badan kita terdedah dengan segala bahaya.
Maka, harapnya dengan penjelasan ringkas ini, dapatlah kiranya kita lebih faham apa itu AIDS. AIDS bukanlah yang patut ditakuti oleh orang yang tidak dijangkiti, tetapi virus HIV yang menyebabkan badan kita terdedah dengan segala bahaya.
AIDS merupakan peringkat lanjutan bagi jangkitan HIV. Perkembangan penyakit ini melalui beberapa fasa:
Fasa 1: | Bermula dengan HIV menjangkiti seseorang individu |
Fasa 2: | Di mana virus tersebut membiak tetapi pesakit masih tidak mempamerkan sebarang tanda-tanda atau gejala-gejala yang tertentu |
Fasa 3: | Membiak dan berkembang membawa kepada kewujudan beberapa tanda dan gejala yang memburukkan lagi mekanisme pertahanan tubuh |
Fasa 4: | Pesakit mula mengalami penyakit-penyakit yang jarang berlaku yang digelar ‘infeksi oportunistik’ seperti Pneumocystis Carinii Pneumonia dan kanser termasuk Sarkoma Kaposi |
Fasa 5: | Pesakit tersebut disahkan sebagai pesakit AIDS. Di dalam fasa ini, mekanisme pertahanan mengalami kemusnahan yang teruk dan sudah tidak mampu lagi untuk melawan serangan bakteria, virus dan kuman-kuman lain. |
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.