As-Salam.
Hampir terlupa saya, masih ada lagi 3 soalan yang belum saya jawab dalam segmen lepas. Kali ini, saya akan menjawab 3 soalan dari blogger Munnafendy. Soalan mengenai dunia blog, soalan mengenai blog ini ... akan saya jawab, dan telahpun saya jawab sebelum ini. Harap blogger yang telah bertanyakan soalan itu, puas hati dengan jawapan-jawapan yang telah saya berikan.

Ok, apa soalan-soalan dari Munnafendy?

Soalan 1: Berapa trafik tertinggi blog HH
Soalan 2: Mcm mana HH kekalkan trafik spy xjatuh
Soalan 3: Antara trafik & follower, mana yg lebih pnting bg HH?


Ini pula jawapan saya:

Jawapan 1: Blog ini pernah mendapat trafik sehingga 100,000 sebulan dengan lebih dari 37,000 UV. Dan untuk trafik tertinggi dalam masa sehari, saya pernah mendapat lebih dari 4500 pageviews sehari dengan 1800 UV sehari. Seminggu purata trafik ke blog ini adalah antara 20,000 - 25,000. Maka logiklah 4 minggu didarabkan dengan 25,000 trafik menjana 100,000 trafik sebulan.

Jawapan 2: Untuk kekalkan trafik memang saya akui sesuatu yang sukar. Kekuatan blog ini adalah kekerapan ianya membuat entri baru. Sehari boleh mencapai sehingga 10-15 entri mudah. Jika entri yang agak kompleks dan memerlukan research yang lebih, jumlah posting entri akan kurang sehingga 5-7 entri sehari.

Apa yang penting untuk kekalkan trafik adalah update entri anda sentiasa. Jika tidak dapat membuat entri kerana kekurangan idea, ping entri2 lama di komuniti blogger yang ada, samada menerusi FB mahupun laman komuniti blogger.

Jawapan 3: Bagi saya, dua-dua penting sebenarnya, follower itu menjadi macam azimat pemangkin bagi blog ini, lebih ramai followers, lebih seronok saya nak membuat entri. Dan trafik adalah akibat dari keseronokkan tadi. Jika dah seronok berblog, maka entri pun akan banyak dihasilkan lalu memberikan trafik ke blog.

Ok. Tamat sudah semua soalan dari blogger telah saya jawab. Harapnya jawapan2 ini dapat bantu yang lain untuk terus berblog.

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. soalan maut dari munna tu.. ;p

    BalasPadam
  2. hehe...xde la maut sgt may, thanks HH sudi jawab =)

    yg paling nak tau soalan no 2 tu..nak buat 7-8 entry sehari? aduhai tak mampu lg setakat ni..

    coming soon, insyaAllah =)

    anyway, goodluck HH dan semua kwn blogger yg lain.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement