Panduan Menulis Blog | Sila 'Private' kan Blog

As-Salam.
Ada rakan blogger meninggalkan komen di dalam entri; katanya begini:

"sy ade terjumpa satu blog ni. die cakap buat ape nak tegur blogger lain. biar la tu blog dorang. memang la tu blog dorang. suka hati la tapi kalo org x masok jangan marah pulak..kalo memang nak buat blog utk diri sendiri tak pe la kan..sape nak kisah.. tak semua org rela ditegur.."

Baca dan faham yer. Sila baca dalam intonasi santai lagi rela. HH bukan nak menyebelah mana-mana pihak. Ini kata HH: Ya, ada benar juga, blog sendiri, sendiri punya hal la nak buat apa .. betui tak?

Yang jadi soal ialah, jika tak mahu ditegur dan jika blog itu adalah bukan untuk tatapan umum, sila privatekan blog anda, nak ada pembaca pun, jemput orang-orang tertentu je baca, itukan perkara asas dalam setting yang ada dalam blog ...gunakan dengan bijak, gunakan apabila ia sesuai dengan keadaan blog anda.

Tatkala itu, apabila blog anda khas buat orang dan pembaca tertentu, takkan timbul masalah orang akan tegur akan blog anda, takkan timbul masalah soal trafik kurang - sbb memang boleh jangka trafik dari mana.

Blog boleh dibuat dalam beberapa kategori; satu - untuk bacaan umum (harus terima hakikat bahawa blog dibuat berdasarkan pengunjung dan pembaca), kedua - untuk bacaan diri anda sahaja, dan ketiga - untuk bacaan mereka yang dijemput (invited readers only) .... 

Pilihan dah ada, jadi buatlah. Yang menegur itu adalah untuk kebaikan blog anda secara umum - jika blog anda adalah dalam kategori satu. Bukan nak buat anda gagal dalam dunia blog ... ehemmm .. kalau trafik blog anda naik ... anda suka tak? kalau follower blog anda meningkat anda seronok tak? Kalau rasa tak suka dan tak seronok, maka pejamkan mata dan tidor .... hehehee

*p.s: Jangan marah jika terasa .... bukan niat nak menghukum, tapi menerima teguran itu adalah ubat untuk hati. Itu sebab hempedu letaknya dekat dekat hati. Hempedu tu pahit ... :)

Post a Comment

5 Comments

  1. ya, sangat setuju bab ni. tegur menegur tu penting. lagi-lagi lah kalau orang yang tak tahu dari apa-apa, nak ada ilmu kena bertanya. teguran tu penting jugak, untuk kita lebih maju.

    ada yang jenis tak leh terima bila menegur. dan ada yang menegur tu kdg2 silap cara. masing-masing perlu bijak la memainkan peranan.

    yang menegur, tegur secara elok. yang ditegur, terima je sebagai satu peluang untuk mengubah.

    tapi, dalam dunia realiti dan juga dunia blog ni, tak semua ada sikap terbuka semacam tu.

    :)..pendapat la ni. hehe

    ReplyDelete
  2. tegur ini amalan mulia..

    Kalau seorang blogger dedah aurat? masih nak biarkan mereka??

    Jangan mereka jahil lagi.. :)

    ReplyDelete
  3. Suka ditegur bermakna org tu / blogger ambil berat tentang diri kita :)

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum... HH,

    Betul kata HH, kalau x nak orang baca blog kita private kan aje,,, kan. Habis cerita..

    mselim3

    pls: kalau nak tatapan umum bersedia dengan hati terbuka utk menerima teguran...kan baik.

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.