As-Salam.
Salah satu perkara yang baru dan menjadi bualan hangat di kalangan mereka yang bekerja dalam sektor kerajaan adalah Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Apa dia SBPA ini? Dan apa bezanya dengan skim lama iaitu SSM? Anda boleh baca mengenainya di sini: SSM VS SBPA. Dan ketahui pendapat daripada seorang penjawat awam sendiri.

Memetik dari beberapa sumber, SBPA ini akan membawa banyak perubahan dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya penjawat awam dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan berasaskan prestasi kerja. 

Merujuk kepada pembentangan Bajet 2012 yang telah diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri; antara lain yang terkandung dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) termasuk mewujudkan dasar pemisah bagi penjawat awam berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan jawatan, ini bermakna ada option dan pilihan bagi mereka yang mahukan bersara awal atau meneruskan kerja sebagai penjawat awam sehingga umur 60 tahun.

Dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), pembentukan gaji sebaris digunakan dengan diwujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lama selain gaji maksimum bagi gred yang lebih tinggi.

Dengan sistem baru ini, penjawat awam yang menerima opsyen SBPA akan menerima kenaikan gaji tahunan antara RM 80 hingga RM 320 dan faedah kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus.

Paling mendapat perhatian ialah keuntungan atau kelebihan yang diberikan kepada para guru dalam sistem baru ini. Melaui SBPA, golongan dalam kumpulan guru atau gred gaji DG yang mana tempoh bagi kenaikan gred antara DG 41 ke DG 44 dan DG 44 ke DG 48 telah dikurangkan kepada 8 tahun sahaja. 

Beruntung mereka yang jadi guru .... :)

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. bestnya org yg jadi guru...apa pun terima kasih kepada kerajaan kerana naikkan gaji kakitangan awam tahun ni...

    BalasPadam
  2. SALAM,
    SEMOGA PIHAK2 YG TERLIBAT BERPUASHATI DAN TERUS MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YG TERBAIK

    BalasPadam
  3. hm, susahlh ramai graduan br nk cr keje...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement