Imbau Sejarah Di Muzium Lukut, Negeri Sembilan

Bisnes di Shopee
Imbau Sejarah Di Muzium Lukut, Negeri Sembilan. Biasa dengan Port Dickson? Kalau biasa, tak perlu la nak cerita pasal Kota Lukut kan ... hehhehe.... Actually, saya dan keluarga telah berkesempatan untuk pergi dan melawat Kota dan Muzium Lukut, di Lukut Negeri Sembilan.

Saya dan keluarga berkesempatan untuk ke muzium ini sebab ada seminar dijalankan di Port Dickson. Jadi, ada masa terluang, saya ajak isteri dan anak-anak untuk pergi cari tempat menarik yang ada sekitar Port Dickson, dan salah satunya ialah Kota dan Muzium Lukut Negeri Sembilan ini.

Imbau Sejarah Di Muzium Lukut, Negeri Sembilan

Imbau Sejarah Di Muzium Lukut, Negeri Sembilan
Kota Lukut memang banyak sejarahnya, malah ia ada kaitan langsung dengan sejarah negeri-negeri lain termasuklah Selangor dan Perak. Hubungannya cuma satu - bijih timah. Al maklumlah, dulu bijih memang keluaran nombor satu semenanjung emas. Ia menjadi komoditi utama kerana dijadikan matawang serba pelbagai peralatan lain, termasuklah persenjataan.

Saya dan keluarga memang sukakan sejarah, malah saya sendiri suruh anak-anak saya belajar dan kenal mengenai sejarah. Sejarah perlu tahu, tidak banyak, sedikit memang perlu, terutama yang penting agar mereka tidak buta akan asal usul, perlu tahu mana langit dijungjung .... mana tanah yang dijijak. Tak gitu?

Info Berkaitan Kota Muzium Lukut

Imbau Sejarah Di Muzium Lukut, Negeri Sembilan
Imbau Sejarah Di Muzium Lukut, Negeri Sembilan
Imbau Sejarah Di Muzium Lukut, Negeri Sembilan
Muzium Lukut dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Masuk adalah percuma. Untuk ke sini, anda boleh berkenderaan sendiri - tempat letak kereta atas bukit, dan ianya percuma. Naik bas ke sini dari Stesen Bas Seremban ke Lukut - tambang RM5 dan teksi dalam RM30. Jika dari Port Dickson pula, bas dengan tambang RM1.80 dan teksi RM12.

Perang Naning, antara yang termaktub dalam sejarah Kota Lukut. Nama-nama seperti Raja Jumaat, Raja Bot, Sultan Mahmud .... termasuklah nama-nama pedagang dari China yang kebanyakkannya pelombong bijih, telah mencorakkan sejarah di Negeri Sembilan.

Di Muzium Lukut,anda akan belajar mengenai kegemilangan Kota Lukut yang satu masa dahulu memang gah. Perang Naning antara yang dicatitkan banyak menjadikan Kota Lukut kubu terkuat pada masa itu. Muzium ini siap dibina pada tahun 1997.
Persembahan pameran di Muzium Lukut terbahagi kepada empat galeri iaiatu Sejarah, Perusahaan dan Ekonomi, Sistem Politik serta Galeri Kebudayaan.

Antara yang menarik adalah Galeri Sistem Politik, di mana boleh mengetahui tentang alam beraja, luak suku serta Adat Perpatih. Kalau nak belajar dan tambah ilmu berkaitan adat resam budaya Negeri Sembilan terutama bab adat ini, maka eloklah anda luangkan masa ke Muzium Lukut ini, imbau sejarah lama .. mana tahu, anda boleh belajar sesuatu untuk dijadikan pedoman dan pengajaran.

Gambar Percutian dan Lawatan di Kota Muzium Lukut

Ok. Saya kongsikan beberapa gambar semasa berkunjung dan imbau sejarah di Kota Muzium Lukut, Negeri Sembilan ini. Enjoy .. dan jangan lupa Like atau Share info ringkas mengenai muzium ini ye.
Imbau Sejarah Di Muzium Lukut, Negeri Sembilan
Tempat Melawat di Negeri Sembilan
Belajar Sejarah Raja Bot, Raja Jumaat, Adat Pepatih
Bahan Pameran Muzium Lukut
Imbau Sejarah Di Muzium Lukut, Negeri Sembilan
Imbau Sejarah Di Muzium Lukut, Negeri Sembilan
Imbau Sejarah Di Muzium Lukut, Negeri Sembilan
Muzium Kota Lukut
Muzium Kota Lukut
Muzium Kota Lukut
Muzium Kota Lukut
Muzium Kota Lukut
Tempat Menarik di Negeri Sembilan
Tempat Menarik Bercuti Negeri Sembilan

Ujian Psikometrik

Post a Comment

0 Comments