As-Salam.
Olive Riley (20 Oktober 1899 – 12 Julai 2008) pernah dikatakan sebagai blogger paling tua di dunia. Dia dikatakan membuat entri terakhir pada usia 108 tahun sebelum meninggal dunia pada tahun 2008. Walaupun, tiada rekod mengesahkan siapakah blogger paling tua di dunia tetapi banyak laporan menyatakan bahawa Olive Riley dipercayai sebagai seorang wanita yang telah berjaya membuat posting terakhir sebelum dia meninggal.

Blognya The Life of Riley telah dihasilkan pada Februari 2007 di usia 107 dan telah membuat posting terakhir pada 26 Jun 2008, dari rumah orang-orang tua di New South Wales. Dia juga telah memuat naikkan beberapa video ke laman YouTube. 

Ruth Hamilton
Ada dakwaan mengatakan bahawa Ruth Hamilton (April 21, 1898 – Januari 18, 2008), seorang penulis yang juga seorang travelogue (satu jenis blog) adalah merupakan blogger yang tertua. Namun, tiada rekod tentang posting terakhir yang dibuat olehnya yang boleh dijadikan bukti sebagai menyokong dakwaan tersebut.

Ruth Hamilton banyak menghasilkan video blog, dan dia dikatakan mempunyai hampir 50 blog sepanjang hidupnya.  

Persoalannya, siapa sebenar blogger tertua?

Sumber: wickedlocal, FoxNews dan Wikipedia

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement