As-Salam.
Blog dari hari ke sehari, makin bertambah. HH pun baru je tukar layout untuk photoblog HASRULPHOTO dalam akaun Google HH yang satu lagi. Nak update ... memang susah, sebab masa jadi kekangan. Takkan nak selalu buat autopublish je kan? Hmmm sesekali nak gak tengok respon terkini sambil update entri.

Tapi itulah, blog leh ada banyak, dan ramai orang boleh buat blog dah sekarang. Ia dah mudah, dan senang. Bila dah makin banyak blog, jadi dah jadi semakin sukar untuk timbulkan diri dalam dunia blog. Kadangkala rasa sempit je dunia blog ni. Sempit sebab nak celuskan diri tak boleh .... walaupun hakikatnya ia sebenarnya dah makin luas ....

Dah tengok blog2 yang berjaya dalam kemeriahan dunia blog yang pelbagai ni tak?

Apa yang anda nampak ialah, mana-mana blog yang kerap muncul di entri blog orang lain, yang jadi rujukan, yang sering masuk bloglist ialah blog-blog yang ada kekuatan sendiri. Jadi, bagaimana nak tahu kekuatan blog sendiri?

Apa yang anda pandai buat?

Jika anda pandai buat doodle ... maka buatlah entri mengenainya. Jika anda suka bergambar dan anda memang bijak bergambar, maka buatlah entri bergambar. Jika anda pandai buat kira-kira matematik, maka ceritalah kisah dunia matematik ... sejarah matematik, rumus dan sebagainya ... pasti akan ada yang cari dan membacanya.

Atau mungkin, anda pandai hias rumah, ceritakan mengenai hiasan dalaman, hiasan luaran, tips berkaitan. Lagi contoh; jika anda suka berita mengenai teknologi, apa lagi, anda google kisah2 teknologi maka ceritakan dalam blog.

Dengan cara ini, blog anda akan jadi blog rujukan, banyak backlinks akan dapat tu, baik untuk ranking .... dan insyaAllah .... enjin carian pun akan suka dengan blog anda yang ada tema, ada tajuk yang kemas dan mantap.


30 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Ya benar,


    kekuatan saya di ilham daripada Allah..

    BalasPadam
  2. mmg betul pun.
    masih belajar..belajar dan belajar.

    BalasPadam
  3. yna kuat sbb yna minum milo, ahaha

    xdala, gurau je :)

    buatla apa saja yg selesa dihati kamu :)

    BalasPadam
  4. hehe.. tak tahu laa ape kekuatan ryn :)

    BalasPadam
  5. tanya selera apa mau buat... jangan ikut orang sudah... be a niche blog.. blog yg unik..

    BalasPadam
  6. betul tu...kadang2 ilham tak timbul2 hehehe

    BalasPadam
  7. betul tu...kita ada kekuatan tersendiri...tidak perlu kata orang lain hebat tapi cuba untuk menjadi lebih hebat dari orang tersebut...bukan salah pun....

    BalasPadam
  8. @YNA Sedapp minum milo panas time hujan2 ni ... dan sedap minum milo ais bila panas2 ni ....

    Mana leh buat apa sahaja YNA .. nanti tokey blog marah .. hehehe

    BalasPadam
  9. itulah kekadang blur juga. nak ikut rentak mereka yg pentingkan SEO dan sebagainya tak mampu pulak rasanya. so kak liza redah aje.

    BalasPadam
  10. masih lagi tercari cari kekuatan diri..huhu..yg taunya kuat makan je..heheh..

    BalasPadam
  11. assalam..

    saya yakin setiap org pasti ada lebih drp 1 kelebihan. try la explore dan manfaatkannya.

    selain membaca dan menulis, saya juga punya strength dlm bidang lukisan, maths dan fotografi. stakat ni dah ada a few entry kat blog saya yg saya gunakan foto2 yg diambil sndiri sbg pngtahuan buat readers.

    BalasPadam
  12. Wahh bunyi snang je..tpi susah woo..aq pandai makan je..haha

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  15. Assalam... enak jer baca... tak tau di mana kekuatan saya nie... hahahha... blog hanya blog reject...hahaha

    BalasPadam
  16. kekuatan SP adalah dengan ....sesuatu yg dapat dipelajari :)

    BalasPadam
  17. setiap blog ada kelebian tersendiri kerana walaupun hanya copy paste tp hadir dr naluri blogger itu sendiri

    BalasPadam
  18. terus belajar dan belajar dunia blogger banyak cabaran sebenarnya. Sabar itu kekuatan KA. Kritikan dari blogger laen ambil sbagai positif coz kritikan itulah buat kita lebih matang sbgai blogger.. cewah..

    BalasPadam
  19. guna lah kelebihan yang ada pada diri sendiri..masih lagi mencari kelebihan yang ada:)nice tips HH(^_^)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul ... nanti HH akan kongsikan lagi tips yang seperti ini lagi.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement