As-Salam.
Bila buat blog, anda akan berhadapan dengan beberapa masalah dan boleh dikatakan antara kerisauan para blogger seluruhnya. Walaupun blog kita dah punyai layout yang cantik dan mantap, begitu juga header, dan termasuk juga dengan ribuan follower, kerisauan ini tetap ada.
Apakah perkara yang merisaukan para blogger? Apa yang membuatkan mereka rasa takut apabila siap membuat satu-satu entri di dalam blog?
Di sini saya cuba simpulkan dari pengamatan HH, jika benar, klik LIKE, jika tidak; berikan hujah anda dalam ruangan komen.
5 Perkara Yang Merisaukan Blogger
- Ada ke orang nak baca entri yang baru publish ni? Ini merupakan antara kerisauan pertama yang akan bermain di minda. Setelah penat menulis, timbul tanda tanya, adakah akan ada pembaca pada entri tersebut.
- Apa tema blog? Kebanyakkan blog yang ada hampir kesemuanya bercerita banyak benda, kurang yang spesifik. Untuk sesebuah blog itu maju dan mendapat ramai pembaca, sesebuah blog itu perlu ada tema atau niche tersendiri.
- Kehilangan idea untuk menulis entri. Ramai blogger akan hadapi situasi ini, apabila tidak tahu untuk menulis apa dalam blog mereka. Mental blocked. Idea kering. Blog jadi bersawang sekian lama. Akhirnya ...
- Entri akan menyakiti hati pembaca. Kadangkala ada isu yang berat ingin kita luahkan dalam blog. Ramai yang risau seandainya entri itu akan jadi kontroversi dan menimbulkan masalah kemudian hari. Ingin bersuara lantang tetapi takut nanti akan kehilangan pembaca setia.
- Entri dibaca tetapi tidak difahami, mesej serta cerita tidak kesampaian. Perkara yang kerap juga berlaku apabila entri disalah ertikan. Malah, ada yang menulis berulang kali agar apa yang telah diluahkan itu kena pada rasa dan intonasi apabila dibaca. Apa yang ditulis dan apa yang dibaca mungkin akan berbeza maksud jika intonasi serta pemikiran berbeza.
Hmm ... apa yang diberikan adalah berdasarkan pengalaman HH dalam dunia blogging. Dan ia merupakan satu kerisauan HH setiap kali menerbitkan entri baru. Anda?
yang paling ketara adalah yang ke 3 tu
ReplyDeleteno 3 sebati dengan jiwa Naim..
ReplyDeletekalau no 4.. kena pembaca selami dia mereka. sebenarnya ia mendidik jiwa bukan sahaja2 nak menghentam.
ingatkan saya sorang je yang menghadapi masalah risau 5 perkara ni..tetap cuba sebaik mungkin.. :)terima kasih kerana berkongsi..
ReplyDeletepersoalan kita sama..adakah cara pemikiran kita serupa?
ReplyDeletehttp://aindzaya.blogspot.com/2011/10/awas-blogger-sentiasa-berada-di-ambang.html
keeping blogging!
Jangan terlalu memikirkan. Ada idea tulis je.
ReplyDeleteteringin nak menulis pendek-pendek tapi maksud tercapai... tapi belum pandai lagi ..:(
ReplyDeletep/s no 3 tu paling top
setuju dgn entri ini. ternyata semua perkara merisaukan para blogger. tp percayalah, kalau kite ikhlas menulis dari hati, pasti ada pembaca tersendiri walaupon tidak mempunyai follwers yg ramai atau pun komen yang berlambak.
ReplyDeletecukuplah ade pembaca, itu pon sudah cukup buat saya...good entri... :)
Salam, semua ada kebenarannya, namun buat masa ni yang paling mencabar ialah 5. Disebabkan latarbelakang akademik, agak sukar nak menggunakan bahasa yang lebih melata dan merakyat. Akhirnya mata pembaca tertutup, kemudian blog, akhirnya niat untuk blog terpadam...Takpa, persistence is key...Good job..
ReplyDeleteassalamualaikum HH...betul tu kalau dah ketandusan idea tu boleh membuatkan blog kita jadi bersawang2 la akhirnya...:)
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.