As-Salam.
Mungkin ada yang nak tahu apa yang diminta oleh pihak Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kepada kerajaan, khasnya kepada Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak baru-baru ini.

Tuntutan itu dibuat berikutan Pembentangan Bajet 2012 yang akan dilakukan oleh YAB Perdana Menteri pada Jumaat ini.

Berikut adalah tuntutan-tuntutan yang dikemukakan oleh Cuepacs:

  1. Semakan semula Sistem Saraan Malaysia (SSM)
  2. Menaikkan umur persaraan daripada 58 tahun kepada 60 tahun
  3. Pemberian bonus dua bulan kepada penjawat awam 
  4. Pelaksanaan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Cuepacs, anda boleh singgah di blog Cuepacs di sini: http://cuepacs.blogspot.com/

Hmmm ... dari 4 perkara yang diminta oleh Cuepacs, mana satu menjadi perhatian anda? 


5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. no 2 tu cam tak best je...entahlaaa

    http://azrijohan.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Menaikkan umur persaraan akan menambahkan lagi pengangguran dinegara kita..lambat pencen susah lah dpt jawatan kosong hermm..

    BalasPadam
  3. @Elih Japahar Betul. Makin ramai yang akan jadi blogger .. hahhahaa

    BalasPadam
  4. harus lah no 2.... teruk lah kalau sampai ke umur 60 tahun bru nak pencen... generasi muda nih makin ramai la yang melepak kat depan laptop nih ha...huhu~~~

    BalasPadam
  5. saya rasa tuntutan no 2 tu la yg paling xbest. spatutnya umur persaraan tu makin dikurangkan bukan ditambah utk bagi peluang generasi muda dpt keje dan timba pnglaman. walhal diorg jugak yg canang bukan main kuat lg pasal pengangguran sana sini. tahu generasi muda susah nak dpt keje tp terkilan kalau yg no 2 ni jadi kenyataan. generasi muda akan jadi makin tertindas, tertekan dan memberontak sbb xdiberi peluang...

    bg saya, utk menggerakkan seluruh sistem pemerintahan, kerajaan mahupun ekonomi, generasi muda seharusnya lebih ramai dalam sistem ini sbb diorg lebih bertenaga terutama dgn pendekatan idea2 baru. generasi lama spatutnya dah bersara lebih awal. kalo ada yg bekerja lg, memadai bertindak sbg penasihat utk generasi muda jalankan kerja2nya..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement