As-Salam.
Hmm kalau masalah tak suka tu ok lagi, tapi apabila blog dibenci, itu dah lebehhh .... :P erkkk ... jadi kenapa kebencian itu berlaku? HH boleh berikan ia mungkin berpunca dari 3 sebab berikut:

1. Blogger itu ingin menjadi seperti anda
Mungkin dia nampak bahawa blog anda semakin hari semakin diminati ramai, makin banyak pengunjung yang tekan LIKE mahupun menjadi follower blog anda. Trafik blog pun mencanak setiap hari, jadi dia impikan seperti itu, dia mahukan kejayaan yang anda miliki. Dia ingin menjadi seperti anda, menjadi blogger dikenali dan punyai ramai pengikut.

Dia melakukan banyak perkara termasuk buat satu blog yang hampir sama dengan blog anda, malah entri pun ditiru habis-habisan. Itu mungkin strategi dia untuk membolehkan ia mendapat tempat yang sama di dalam dunia blog.

Lalu, apabila segala usaha itu tidak begitu menjadi .... maka bermulalah episod benci yang sangat ketara.

2. Blogger itu membenci dirinya dan blognya sendiri
Ketidaupayaan blognya mencapai apa yang diinginkan menjadikan dia seorang blogger yang kecewa. Kerana kekecewaan itu, dia menzahirkan pada yang lain, yang mungkin juga merupakan idola dia sebelum ini. Oleh kerana tidak mendapat manfaat yang diharapkan, dia membenci blogger yang dah berjaya.

3. Blogger itu melihatkan diri dan blog anda sebagai ancaman
Apabila sama-sama bermula dari titik kosong ... sepatutnya akan naik sama-sama, tapi ia tidak berlaku. Blogger ini cemburukan kejayaan yang dimiliki oleh blogger lain, walhal mereka buat dan bina blog sama-sama, tukar2 fikiran sama-sama, tetapi pengakhirannya, bukan semua kejayaan miliknya... tetapi milik yang dikongsi. Lalu, blogger ini melihatkan anda adalah ancaman kepada dia dan blognya untuk tampil menyerlah.

Lebih-lebih lagi apabila blog itu semakin maju, semakin popular dan menjadi idola yang lain. Dia merasakan dia patutnya juga layak untuk menerima pengiktirafan sama. 

.... ini adalah pendapat saya semata, mungkin orang lain ada pendapat sendiri. Apa kata anda?

9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. hallo , sy setuju jugak tu . tapi bg sy kita ada tema tersendiri kan ?

    BalasPadam
  2. btl 2..bnyk blogger skrng berfikiran mcm 2...sedih btl..

    BalasPadam
  3. rileks lar..

    cuba lagi, cari kawan baru.. try BW diorang sebolh mungkin.. xda follower ramai xpe, tapi bila ramai yg komen stp kali post entri, sah mmg yg follow ko tu mmg nk kwn ngn ko..

    bkn stkt nak suruh ko follow dia balik je..

    hehehe

    BalasPadam
  4. kepuasan pembaca+ dakwah kena berjalan selalu..

    fitrah kalau orang tak suka kita + blog kita

    :)

    BalasPadam
  5. hurm.ssh btl kalau ada sifat mcm tu. sy pn ada perasaan benci tgk org maju tp simpan sbg smgt utk baiki diri :)

    BalasPadam
  6. kesimpulannya, jadi la diri sendiri dlm setiap apa yg anda lakukan.

    "nenek pernah berkata, tak salah untuk cuba tengok cara orang lain kalau untuk mengenali diri kita sendiri" - tendou souji, kamen rider kabuto (2006)

    BalasPadam
  7. btol2..Kita xleh paksa org suka blog kita & cara kita.
    klaw aku berblog untuk menzahirkan apa yg ada dlm kotak pemikiran semata-mata.
    kalau jadi idola @ dpt ramai pengikut itu bonus.Yg penting niat mahu ikhlas..Berusaha utk berblog seikhlas mungkin..
    Kalu yg kita tampilkn itu baik, kalau xdpt penghargaan manusia tp still dpt pahala.Itu yg penting..
    Hrp2 aku xtrgolong dlm list itu bro HH.

    BalasPadam
  8. xleh join dah ke senarai bloglist tu

    BalasPadam
  9. nak berblogging ni kena ikhlas...

    mai singgah baca entri pasal Kah Pah Listen.. hehehe http://amgyver.blogspot.com/2013/01/listen-listen-listen.html

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement