Salam.
Saya kadangkala rasa kasihan juga pada mereka yang dianggap popular ni, tak kiralah artis ke, selebriti ke, penjaga gol ke, tunang kepada penjaga gol ke, bekas pakwe kepada bekas tunang penjaga gol ke .... mahupun menjadi seorang blogger yang femes amous.

Kita ni, memang pantang .... hal orang lain memang sibuk nak tahu, sampaikan cerita dalam kain, bawah kain semua nak tahu. Kasihan pada mereka yang jadi mangsa. Benda baik tak pula nak dihebahkan, tapi bila kisah yang bercacat cela, perghhh ...laju je semua nak menaip, laju je semua nak jadi pencanang berita.

Nak disalahkan orang yang mengkhabarkan pun, tak boleh juga. Sebabnya sendiri mau ingatla, bila dah jadi popular ni ... inilah akibat dan bahana yang kena tanggung. Jadi, kena pandai-pandai bawa diri. Boleh lagi diperbaiki diri.

Bukan sorang dua yang popular yang dah bersihkan diri, dan menjadi insan yang pada saya boleh dijadikan ikutan terbaik. Tengok sahaja, bila diri dah lain dari dulu, pasti fitnah2 yang tak nampak takkan timbul. Tuhan Maha Kaya, pasti akan tutupkan keaiban hamba-hambanya yang tersedar dari kesilapan. 

Bagi kita pula, janganlah nak mengaibkan mereka yang dah sedia aib. Cuba tutup2kan sikit jangan sampai terselak abis, bukan apa, takut nanti di akhir garisan, empunya tu minta pada kita akan apa haknya. Bila dah kena minta ... apa yang ada pada diri? Hmm .. walaupun kita dok beriya beramal tapi akhirnya amalan kita yang baik jadi kepunyaan orang, dek kerana kita pernah terlupa bahawa sewaktu waktu dulu kita sendiri 'menyedekahkan' amalan kita pada orang lain.

Semoga saya dan kita semua tidak menjadi manusia yang lupa akan kenikmatan yang diberikan.

6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. pendapat saya : orang sekarang macam bangga mencanang keaiban orang lain. seolah-olah mereka berlumba-lumba nak bercerita tentang tu. saya pun tak faham.

    ReplyDelete
  2. memang tak faham . yang hok buruk2 , sibuk nak canang . ce hok baik , semua buat tutp mata aje .. adesss ~

    ReplyDelete
  3. semua kena jaga...payah2..haha jadi biasa2 sudah..hehe

    ReplyDelete
  4. betol!
    sangat la hot isu ni skrg..adoii..memane pon cite pasal ni..

    ReplyDelete
  5. lepas tu setiap yg cerita tu mesti ade yang nak menambah rasa.

    ReplyDelete
  6. Btol2. Sebab tu mak aku xbg aku jadi artis.HAHAHA.*gila berangan jd retis#.

    UPDATE: Kat Bazar Ramadhan Pun Jadi!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Previous Post Next Post

Advertisement

Advertisement




CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement


Rahsia Bisnes Tudung