Salam.
Mungkin ramai antara anda dah tahu, dan mungkin ada segelintir yang tak tahu seperti saya. Sebenarnya banyak peristiwa besar berlaku dalam bulan Ramadhan. Antaranya ialah turunnya kitab-kitab tauhid iaitu Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran. Dan dalam bulan Ramadhan juga berlaku banyak peperangan yang akhirnya dimenangi oleh kaum muslimin - di sebalik keadaan mereka sedang berpuasa.
Antara peristiwa besar yang mengangumkan ialah peristiwa perjalanan Rasulullah s.a.w ke Tabuk.
Apabila pengaruh Nabi Muhammad s.a.w tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab.
Apabila berita itu samapai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat islam ketika itu benar-benar teruji. namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah.
Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.
Begitulah hebatnya kerajaan Islam di bawah pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w, yang berjaya menundukkan Rom tanpa sebarang pertumpahan darah.
Dipetik dari buku Ramadhan: Tetamu Yang Dirindui
terharu membacanya...walaupun dalam keadaan panas dan berada di bulan ramadhan...tentera Islam bergerak ke utara Madinah. Daya ketahanan mereka kental. Kita yang berada di zaman moden tidak sekental mereka. Syukur...kerana Islam kuat maka tersebarlah ke seluruh dunia...
ReplyDeleteSemalam baru tgk cerita Troy.. A lil bit info pasal Herkules @ Archilles ni. He's very young and talented king. Tak pernah kalah dengan siapa2 pun. Bunuh orang memang kerja dia. So,its a great deal bila Nabi Muhammad SAW dapat deal dengan dia tanpa pertempuhan darah.
ReplyDeleteRasulullah memang seorang yang sangat hebat ...
ReplyDeleteEntri Menarik Di Sini:
1)Bahaya!!Wanita Menipu Lebih RM 550,000
2)Octove.com Bagi Hadiah Iphone 4
3)Faktor Kegagalan Pelajar Universiti
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.