Bazar/Pasar Ramadhan di Bandar Baharu, Kedah. Foto: Lensahasrul
Salam.
Saya antara yang kurang berminat nak menjenguk Bazar ataupun Pasar Ramadhan. Bukan apa, bila saya pergi, saya akan beli lebihan dari biasa, yang akhirnya nanti akan menjadi santapan terbuang. Pembaziran berlaku di situ. Wife saya sangat pantang bila membazir pasal makanan ni.

Kedai Payang, Kuala Terenggau Di Bulan Ramadhan. Foto: Lensahasrul
Jadi, apakah cara dan kaedah yang boleh digunakan untuk elakkan pembaziran berlaku setiap kali kita pergi ke Pasar Ramadhan.

Di sini saya sertakan beberapa tips yang boleh digunakan, mungkin tak berapa sesuai untuk sesetengah orang tetapi insyaAllah, ia setidak-tidaknya satu usaha ke arah mengelakkan pembaziran di bulan puasa.

10 Petua Untuk Berjimat di Pasar Ramadhan

  1. Bawa bekas sendiri, maka kita tahu had mana perlu dibeli, selain itu, kita akan mengurangkan kadar penggunaan beg plastik untuk membungkus makanan.
  2. Pergi ke Pasar Ramadhan yang bersaiz kecil. Lebih kurang gerai, lebih kuranglah pilihan untuk membeli.
  3. Tulis jenis makanan yang ingin dibeli dan bersikap sangat rigid dengannya, jangan sesekali berkompromi. Nak lebih baik, cuba anggarkan kos yang perlu anda keluarkan dengan pembelian itu.
  4. Hanya bawa wang yang cukup untuk membeli, paling baik adalah RM5 atau RM10. Ini akan menghadkan pembelian anda di Pasar Ramadhan.
  5. Hanya beli kuih-muih yang jarang anda nampak di hari biasa.
  6. Jangan bawa anak-anak, sila bawa diri sendiri sahaja. Lebih banyak perut, lebih banyak kena pilih, dan lebih banyak anda akan membeli untuk nafsu yang berbeza-beza.
  7. Jangan beli sendiri. Hanya pesan pada kawan untuk beli apa di Pasar Ramadhan.
  8. Pergi ke Pasar Ramadhan di saat-saat hampir berbuka. Selalunya peniaga akan buat jualan murah. Anda dapat berjimat dengan banyak di waktu ini.
  9. Pergi ke Pasar Ramadhan setelah berbuka, jadi perut anda dah ada isi, dan kekenyangan akan menyekat nafsu anda untuk membeli secara membazir.
  10. Jangan pergi Pasar Ramadhan ... :)
Ok, harapnya anda boleh mencuba petua-petua yang saya berikan ini. Kebanyakkan kaedah ini akan berjaya untuk mengurangkan pembaziran. Saya sering menggunakan kaedah 1, 2, 4, 6, 8 dan 10 - ini memang berkesan, saya praktikkan dari dulu (sejak berkahwin) sampailah sekarang.

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Paling efektif adalah yg no 10.... mmg sgt jimat!

    BalasPadam
  2. hahaha kan bgus no 10 tu ltk atas sekali....pling bkesan oh..hhaaha

    BalasPadam
  3. yg no 10 tu je yg berkesan.. lelain tu org buat pun belanja lebih jugak...

    BalasPadam
  4. saya akan cuba mengikutinya
    hahhahhaha

    BalasPadam
  5. tips no 7 tu biasanya jadi amalam bebudak Universiti yang jenis malas nak angkat badan berjalan gi Bazar. so pesan kat member, setel. pesan tu takpe lagi, siap suruh dulukan duit member lagi tu. cait.

    BalasPadam
  6. hahaha.. saya suka petua yg nombor 10 tu =)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement