As-Salam.
Otai kalau refer pada usia HH. Dah suku abad ...memanglah ... tapi kalau blogger otai ... ishh .. HH bukan berblog sejak lahir. :P HH pun baru je berblog, kalau ikut rekod, start ada blog dengan blogspot 2008 ... kira-kira 4 tahun yang lampau.

Walaupun HH dah boleh kata lama dah ada blog jika nak dibandingkan dengan yang lain yang baca blog ni tetapi nyatanya HH baru aktif sejak tahun 2010. Sebelum tu, macam biskut je entri HH dalam blog ...tetapi bukan blog ni ... blog ni baru je ujud.

HH sebelum ni memang ada beberapa blog, yang banyak tampil dengan penulisan dan artikel ...dan kebanyakkannya dalam bahasa inggeris. Uhh lenguh doh nulis ... so HH dah tutup dah blog-blog tu .... dan ehem ... HH dapatlah juga beberapa sen dari hasil iklan adsense dalam blog-blog tu.

Sejak dari tahun 2008 tu, HH memang kerap blog hopping dan blogwalking. Masa tu tak ada lagi widget follower ni, singgah pun sebab HH baca banyak tentang tips untuk tingkatkan trafik ke web ... bukan ke blog ehh ..tetapi ke web. Macam mana nak mengiklan, camner nak nulis entri yang memikat pembaca dan macam2 tips la. Kebanyakkannya adalah blog dan laman web dari luar negara.

Tapi kini, Malaysia ni dah penuh dengan blog ...macam2 blog ada. HH dulu rajin la ke blog2 politik, blog2 yang padat informasi, ada tu memang berat pembacaannya ...tetapi biasalah ...nerd lagi....hahahaa...

Sekarang, HH boleh kata HH perlu banyak lagi nak kena belajar sebab HH nampak ramai blog2 hebat, popular, terkenal dan ramai orang suka adalah blog2 yang dipelopori orang2 muda ..jauh lebih muda dari HH .... leh kata depa ni setaraf anak-anak sedara HH gitu.

Apapun perkembangan yang ada ni memang positif, dan HH mahu melihatnya dalam perspektif positif, walaupun ada isu2 yang pada HH remeh tetapi sering dibangkitkan, walhal dulunya tak pernah berlaku pun. Hmm biasalah ..bila semua orang dok kejar matlamat yang jitu ... apatah lagi skang ni dah ada platform dapatkan duit dari blog yang sememangnya ramai dok idam2 ...

Dan ...oh ... HH bukan blogger otai .. tetapi HH adalah blogger tua yang baru terhegeh2 nak cari pembaca ... hahaha
 
 

12 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. blogger yang berjaya, dah lama dah jadi blogger memang selalu rendah diri... :)

    BalasPadam
  2. kolo dah 3 tahun otai ar tu..hohoho..lawat2 la blog teman kalau nak cari henpon baru atau beli baju kurung untuk raya..tq

    http://lubuk-barang-murah.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Otai di hati pembaca setia..Pengalaman tu yang berharga.. :)

    BalasPadam
  4. hang tua lagi dari aku kan bro ? hahaha..

    BalasPadam
  5. @BEN ASHAARI Ishh mana ada .. aku lambat lagi besday ni .. hang nak buat surprise ka? Suruh Mat Gebu hntar seperiuk kari kepala ikan kat aku bleh?

    BalasPadam
  6. haha..xpe2..jnji mint nk berblog tu ade..:P

    BalasPadam
  7. hehe...bukan tue Bro...tapi org lama ha...kan otai bunyinye hehe

    BalasPadam
  8. merendah diri je ni ..opss.. saya pemerhati saja ...

    BalasPadam
  9. tergolong dlm golongan otai la tu uncle...thanks sudi jadi follower sy, baru perasan sbb tak on9 2,3 hari ni...:)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement