Salam.
Setiap orang ingin mengapai impian masing-masing, tak kiralah impian itu sebesar mana. Malahan, ada impian itu pada kita bagus tapi buat sesetengah orang impian itu ibarat satu angan kosong; tak kurang juga yang berpendapat impian yang diimpikan oleh seseorang itu bukan satu impian pun.

Soalnya sekarang, sejauh mana keinginan kita untuk merealisasikan impian itu. Dari satu penelitian, di atas kertas nampak macam mudah, dah ada strategi, dah ada panduan. Tetapi realitinya perghh memang cukup susah. Ada pula, dari segi teori macam susah tetapi selepas dah melakukan usaha ke arah itu, nampaknya ia tidaklah sesukar mana. Hanya apabila dah bermula untuk berusaha mencapai impian itu barulah tahu apa yang sukar dan apa yang tidak.

Ya, semua impian hanya boleh dicapai jika ada usaha ke arah itu. Dan usaha itu pula hanya akan tahu susah atau tidak, jika kita dah memulakan perancangan ke arah mengapai impian kita.

Hakikatnya, semua impian yang nak dicapai perlukan strategi, perlukan jalan-jalan, perlukan kaedah ..bukan main redah. Kena bermain dengan teori, dan teori itu perlukan ilmu. Mesti ada ilmu supaya kita dapat merancang yang terbaik untuk membolehkan kita mengecapai apa yang telah lama kita idamkan.



Jadi, walau apapun impian anda, baik dalam dunia nyata, mahupun realiti, carilah ilmu, perdalamkan sebanyak mungkin, lakarkan perancangan anda dengan ilmu yang ada, insyaAllah ... apa yang anda inginkan pasti akan tercapai!

*p.s: Macam Prof. Serba Tau la pulak .. hahahaa

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. bila menulis, saya mahu menulis dari hati...
    seikhlas daya, semampu diri...

    BalasPadam
  2. sangat termotivasi.
    terima kasih. :)

    BalasPadam
  3. Insya-Allah...segalanya akan tercapai...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement