As-Salam.
Kan kan ... aduh. Saya pernah berkata, cara begini tidak mendatangkan faedah. Buka aib buat apa ... kalau nak dapatkan trafik dan pembaca, ini bukan caranya. Kasihan saya pada Wardina Safiyyah .... ini sedikit sorotan yang saya cop dan tampal:



KUALA LUMPUR - Pengacara popular, Wardina Safiyyah Fadlullah, 32, memberi tempoh 14 hari mulai semalam kepada pengendali blog yang mengaitkan dirinya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mengeluarkan gambar dan artikel berkaitan dirinya daripada blog tersebut.

Menurut Wardina, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya pengendali blog terbabit masih berdegil dan enggan berbuat demikian.

Ujar pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 itu, blog tersebut telah memuat naik gambarnya semasa tidak memakai tudung yang disifatkan sebagai menghina dan memalukannya.

"Saya mempunyai anak dan suami. Membuka aib saya pada masa dahulu sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka.

"Jadikan kisah saya sebagai tauladan dan saya berharap hal ini tidak terjadi kepada artis-artis lain (yang kini memakai tudung)," ujarnya pada sidang akhbar di sini semalam.


Jadi, buat blogger semua, jangan buat begini, kisah lama tu patutnya jadi pengajaran dan bukan nak memalukan. Sayang sekali ada insan yang munculnya sebagai blogger, nak memancing trafik dengan cara yang tak betul.

Saya bukanlah blogger yang baik juga, tetapi ada masa rasional lah skit bila nak bercerita. Ada perkara yang perlu dicerita, ada perkara kena simpan buat ingatan diri sendiri.

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. betul tu, aib orang kena lah jaga. jangan main tulis untuk trafik semata-mata :)

    BalasPadam
  2. tahu x pe .. huhu x mo ulas pasal makcik ni .. takut kene saman

    BalasPadam
  3. kurang asam jawa betol lah blogger yg suke buke aib org nie..

    BalasPadam
  4. betul tuh..membuka aib orang lain itu salah..

    BalasPadam
  5. siapa ler agaknya yang tak tahu hukum hakam tu??

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement