AS-Salam.
Alahai, ada tak jumpa situasi begini? Hari ini perghhh bukan main ramah lagi, tapi esok lusanya ... bagi salam pun idak. Ceh .... ala normallah tu. Macam hari tu, mula2 jumpa ...uhhh bukan main lagi sembang sakan, macam-macam topik semua cerita. Tapi lepas dua tiga hari, entah mana silapnya, dah tak tergur sapa. Takat toleh pandang tapi tak bertentang mata, kalau boleh nak nyorok.

Itu biasa berlaku pada saya, dulu dan kini. Tetapi, benda camni akan pulih dengan masa. Sebab apa, sebab pemikiran kita dah tak macam dulu. Emosi kita pun dah tak macam dulu. Ruang masa buat kita pun dah tak macam dulu.

Contohnya, ada yang tak sempat nak tegur sapa sebab bebanan kerja dah makin banyak. Banyak perkara bermain di minda. Mcm jiran, mula2 pindah memang perghh ramah weihh ... kalau ada lauk lebih, siap passing2 lagi .. tapi bila si jiran yang ini dah naik pangkat, nak jumpa kelibat pun susah. Bila ternampak, kita angkat tangan ... tapi dia ...hurmm ..gegas masuk umah.

Macam dalam opis pun ada gak jadi camni. Dulu, sebelum jadi second boss, wahhh bukan main ... tiap kali makan, muka dialah yang akan terjojol dulu depan kita sebab nak ajak makan bersama. Mulut tak pernah lekang ngan gossip dan cerita, tapi lepas dah ada bilik sendiri .... usahkan nak ajak makan, nak jumpa pun dah susah. Hanya email jer yang berbalas, itupun soal kerja semata ..... tiada lagi citer gossip.

Tingkahlaku kita akan berubah. Bukan niat mereka sengaja nak jadi sombong. Dah terbeban dengan macam-macam perkara, jadi soal mana yang lebih penting kenalah dilihat.

Macam dunia blogging gak la, janganlah mudah2 kita nak cap seorang blogger tu sombong hanya kerana dia tak balas komen, tak balas kunjungan, tak add anda sebagai friend atau,  jadi follower blog anda. Anda perlu memahami, mungkin sekarang anda rasa macam tak diendahkan, sebab anda dan dia dah berjurang. Tunggu masa ... tunggu anda menjadi dia, anda akan faham apa maksud saya.

Dan oh ... segalanya nanti akan dijawab dengan peredaran masa. Nanti, macam citer second boss tu, bila anda pun jadi assistant boss .... anda nanti dapatlah bersama kembali ..:) dan kisah jiran tadi, bila syarikat dah berkembang, dan jiran anda dah bersara ... bukan takat bersembang, siap datang umah minum kopi dan tengok Malaysia lawan final piala dunia lagi .... dengan hanya berkain pelikat!

p.s: Saya sombong tak?

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. memang itulah kita manusia,kdg keadaan,suasana sekitar,urusan harian buat kita kdg jd org yg tak ada masa nak hubungkan silaturrahim..kdg jiran2 terdkt pun nak berckp 1x seminggu pn susah..paling senang nak cr kwn dan masa bertegur sapa,cuma di masjid/surau je..

    BalasPadam
  2. tgk mood jugak
    tp kalau yg jenis panas baran
    baik jgn tegur he3

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement