Salam.
Pernah tak tulis surat untuk awek, menyatakan rasa hati anda? Pernah? Lelaki dedulu mungkin la kot, lelaki skang ni mana pakai dah surat2 camni. Pakai SMS, tak pun email, tak pun ..errrr mesej kat FB. Tapi tak tahulah pulak jika balak2 skang ni masih ada lagi yang layan surat untuk pikat chikaro ... weeee ... meh tengok contoh surat ini, erkk bukan nama sebenar yer.


Mohd Nazri,
Dorm 8 , Kolej Sri Iman,
24100 Kijal,
Terengganu.
----------------------------------------------------
Noor Liyana,
Dorm 2 , Kolej Sri Iman,
24100 Kijal,
Terengganu. 10 Jun 2000

Cik,

Per: MEMOHON UNTUK MENJADI PAKWE CIK AWEK CUN

Saya sebagaimana nama di atas ingin meminta izin daripada pihak cik awek cun untuk menjadi pakwe cik awek cun.

2. Puas saya cuba untuk melupakan diri cik awek cun. Tetapi, semakin saya cuba melupakan, semakin kuat saya rindukan cik awek cun. Malah kejadian semalam telah menyebabkan saya bermimpikan cik awek cun dan itulah mimpi yang paling bermakna bagi pihak otak saya.

3. Saya juga inginkan jawapan daripada cik awek cun 5 minit dari sekarang. Sekiranya lewat daripada tempoh itu, saya menganggap cik awek cun menerima saya sebagai pakwe cik awek cun.

4. Kerjasama daripada pihak cik awek cun amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar-benar ikhlas,
Nazri

12 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wahhh... siap ada cara buat surat rasmi nak tackle awek.. hehe (^^,)

    BalasPadam
  2. ni rasanya akan terjadi lagi beberapa tahun..

    biler cinta tu pun nak kena skema baru dapat..hitam putih la katakan..cam kat pejabat..hehe.

    BalasPadam
  3. tudia..kalau ada orang buat betol-betol camni,macamane yer?



    Entri Menarik Hari Nie:

    Kereta Lutsinar pun Ada!!

    BalasPadam
  4. wahhhh klu dpt musti gelak gulingguling..hhihihi
    eh, jom singgah blog sy ^____^
    JoM JeJaki New ZeaLanD!!!

    BalasPadam
  5. idea ni pernah digunapakai seorg kwn msa kat um dlu..pak we dia bg kat dia..eceh ceh... dlm versi yg lebih rasmi..hehe

    BalasPadam
  6. masa cintan cintun dulu saya suka tulis surat...hehehee

    BalasPadam
  7. ada sesiapa blh tulis surat reply kpd mamat ni? :-D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement