Sekali lagi saya bawakan gambar-gambar menarik dari alam haiwan. Kita sebagai manusia perlu mengharagai kehidupan lain selain kita, haiwan juga punyai hak untuk hidup di muka bumi ini. Malah, kita dituntut untuk membuat kebaikan dan menjaga alam serta hidupan di dalamnya - dan ini merupakan antara amanah yang telah diberikan kepada kita selaras terkandung dalam Al-Quran.

Mari lihat 5 haiwan yang amat jarang ditemui di dunia, dan sesetengahnya mungkin antara haiwan yang paling pelik, mungkin tidak bagi kita, tetapi kepada segelintir mereka yang rata-rata sangat sibuk dengan hal hidup sebagai seorang manusia.

5 Haiwan Paling Sukar Ditemui

African Civet

African Civet - sekali tengok nampak seperti seekor musang. Namun, ia merupakan dari spesies yang lebih menyerupai kucing, dan ada pula yang mengatakan ia seakan-akan anjing yang bermucung pendek. Kalenjar perianal haiwan ini, ada digunakan sebagai bahan aktif dalam pewangi yang dikenali sebagai civetone.

Pangolin

Pangolin - Dalam masyarakat kita ia dikenali sebagai tenggiling, namun asal namanya Pangolin adalah disebabkan oleh kelakuan haiwan berkulit sisik keras ini yang suka bergolek - atau pengguling. Ia merupakan haiwan mamalia, di mana ia melahirkan dan menyusukan anak-anaknya. Ia haiwan noktural yang aktif di waktu malam, di waktu siang ia lebih suka tidur dalam keadaan seperti bola.

Long Beaked Echidna
Long Beaked Echidna - Haiwan ini boleh didapati di Kepulauan Guinea. Daripada 5 jenis spesies haiwan ini, hanya tiga masih boleh didapati dan ia merupakan satu-satunya haiwan mamalia di dunia, yang bertelur!

São Tomé Shrew
São Tomé Shrew - nama saintifiknya Crocidura thomensis merupakan cencurut bergigi putih yang hanya terdapat di Pulau São Tomé. Ia merupakan haiwan yang hampir pupus kerana ketiadaan tempat untuk tinggal.

Solenodon
Solenodon - Nampak je macam kiut tetapi ia merupakan haiwan noktural yang berbisa. Diet utamanya ialah serangga. Haiwan ini dikatakan unik kerana ia merupakan antara haiwan yang dipercayai mempunyai pertalian yang terdekat dengan haiwan-haiwan di zaman Dinosour.

Sumber: BuzzInn.Net

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. interesting. dunia haiwan ni sgt menarik sebenarnya. di rumah kalau ada masa, sy tgk2 juga channel animal planet :)

    for the sake of knowledge Im sharing this good info on FB n Twitter :D

    BalasPadam
  2. ngeh3 .. menatang pelik nih .. huhuhhu btw ape khabar uncle

    BalasPadam
  3. @waN Mohd Salim Baik, baru sempat buat dua entri, tengah layan anak-anak ni, buat sepah umah ...adoiii ...

    BalasPadam
  4. musang afrika tu gebu giler lah,.

    BalasPadam
  5. dulu pernah pelihara anak musang pandan, mmg jinak giler mase dia kecik la, bile dah besor jadi jinak2 merpati gitu,

    BalasPadam
  6. bestnya
    anum suka Pangolin
    comel sgt2

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement