Salam.
Kalau sesapa yang dah baca part 1 di sini: KLIK SINI, saya ucapkan terima kasih. Maaf kerana membuatkan anda tertunggu-tunggu .... dan ini lagi 6 senarai 10 Rompakan Menakjubkan Di Dunia ....


Rompakan Banco Central


Rompakan ini telah berlaku di sebuah bank di Fortaleza, Brazil pada tahun 2005. Rompakan ini menggunakan sebuah terowong bawah tanah yang digali cukup selesa dari sebuah premis berdekatan. Jumlah rompakan yang berlaku melibatkan $165 Juta dalam matawang Brazil atau USD$ 70 Juta.


Rompakan Bank Pusat Iraq


Ianya berlaku sebelum terjadinya serangan udara pihak Nato ke atas Iraq, sekitar tahun 2003. Hampir USD$ 1 Billion telah dirompak, dan sehingga kini hanya USD$ 650 Juta sahaja baru dijumpai.



Kecurian Muzium Seni Gardner


Kecurian barang-barang seni yang bernilai tinggi telah berlaku pada tahun 1990 di Isabella Stewart Gardner Museum yang terletak di Boston. Banyak lukisan-lukisan dari pelukis terkenal dan tersohor telah hilang dan sehingga kini ia masih lagi belum dijumpai.


Rompakan 'The Great Train Robbery'


Berlaku di Buckinghamshire, England pada tahun 1963. Penjenayah seramai 15 orang telah dapat menyamun 2.6 juta pound yang diisi dalam 120 beg pos yang disimpan di dalam gerabak keretapi ini.


Rompakan Batu Permata Harry Winston


Rompakan ini telah dilakukan di sebuah kedai batu permata iaiti Paris Harry Winston pada tahun 2008. Jumlah dan nilai rompakan adalah USD$ 108 juta.


Rompakan Bank Pertanian China


Nilai rompakan yang telah dilakukan adalah sebanyak 51 Juta Yuan, bersamaan dengan USD$ 7 Juta. Rompakan ini melibatkan pengurus bank berkenaan yang akhirnya mengembalikan wang yang dicuri apabila berjaya menang loteri dengan menggunakan wang yang dicuri dari peti kebal bank berkenaan.

Sumber Part 1 dan Part 2: ZyZyo

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. the great train robbery paling femes. kalo xsilap, sampai org buat filem lg..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement


Bisnes Shopee

Advertisement


Ketahui Rahsia Menjadi PEMILIK PRODUK JENAMA SENDIRI. Panduan Lengkap. Guna Kod "40DISKAUN" utk potongan 40%!KLIK SINI

Rahsia FB Post Viral 20 Ribu Share Dalam 5 hari! Ketahui Caranya Dengan Klik DI SINI

Advertisement