As-Salam.
Tadi saya terbaca entri di blog The Famous Abang mengenai cara mudah untuk elak blog kesayangan dari hackers. Sebenarnya apa yang diberikan atau tips dari The Famous Abang tu memang betul, cuma saya nak tambah sedikit. Bukan apa, kat ruangan komen entri tersebut ramai yang anggap bahawa entri tu macam main-main sedangkan ia adalah tips yang baik.

Tetapi sebelum anda delete blog anda seperi yang disyorkan oleh The Famous Abang, anda perlulah buat ini dulu:


Apa yang perlu anda lakukan ialah pergi ke setting-basics-dan pilih export blog. Anda akan kemudian diminta untuk download dan simpan (save) blog anda dalam bentuk *.xml ke komputer anda.

Sekiranya blog anda dah banyak posting atau entri, ia akan mengambil masa sedikit untuk download, ia akan download keseluruhan blog anda termasuklah layout blog anda. Untuk pengetahuan, saya dah cuba cara ini ... sebagai testing semasa saya berubah domain. Dan ianya berkesan. :)

Dah download, anda bolehlah delete seperti yang dikatakan oleh The Famous Abang.

Kemudian, anda tukarlah password untuk blog anda atau anda boleh cipta akaun baru.

Dan bila dah siap, untuk kembalikan blog anda itu, anda perlu pilih import blog, dan anda jangan lupa tick publish all imported post. Oh ya .. anda boleh ada blog dengan wajah baru lagi ... 


Jadi, seandainya berlaku atau dah perasan bahawa blog anda diserang oleh hackers, cubalah buat. Tetapi, ingin saya nyatakan, selalunya apabila blog anda dihack, password akan bertukar, dan anda tidak boleh (Sebenarnya) untuk login ke blog anda! :)

Nasihat saya, selalulah anda download blog anda sebagai backup!

#Komen tak hilang, tentang follower, jika anda buka akaun lain, ia akan hilang. Entri akan sama, sbb apa yang anda lakukan ialah menyimpan syndication

12 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. perkongsian yg berguna untk semua blogger!! ehhehe
    tx... =)

    BalasPadam
  2. kalao kene hack, suruh hacker lain pula hack. hehe

    BalasPadam
  3. bila kita import pergi blog baru, followers maintain ke atau followers jadi kosong?

    BalasPadam
  4. wah...bagus ni!
    nak cubalah tapi memang semua entri, komen dan followers tak hilang ye?

    BalasPadam
  5. good info...thanks...nak cuba gak la

    BalasPadam
  6. macam semua orang pentingkan followers. =,=

    BalasPadam
  7. @kinn Setengah blogger mementingkan followers, jadi perlu tahu akan akibatnya ...

    BalasPadam
  8. harap2 xde la mana2 blog yg kene hack. susah nnt. rasanya xramai yg ada backup tu...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement