As-Salam.
Apabila kita membuat blog, antara aspek penting yang harus kita ambil peduli ialah tema blog kita, iaitu apa yang nak kita ceritakan dalam blog kita ni. Ada sesetengah blogger suka cerita kisah anak-anak, ada pula yang suka cerita kisah dia gi melawat sana-sini, ada juga blogger yang dok citer pasal resepi ... apapun tema, pastikan ia konsisten supaya ia akan tampak profesional dan standard.

Blog tak seharusnya cantik, yang perlu cantik adalah gaya penulisan dan persembahan dalam entri. Buat apa dekorasi lawa tetapi isinya bersawang? Perlu dititik beratkan soal pengunjung, jangan hampakan mereka yang jenguk blog anda. Anda kena update supaya tidak mengecewakan mereka yang dah sudi follow dan menjadi pembaca di blog anda. 

Tak semestinya anda perlukan entri yang berjela, pendek pun dah ok, asalkan tak lari dari tema blog yang saya katakan tadi. Ada kalanya, entri yang pendek inilah yang paling digemari oleh mereka.

Semakin anda bijak mengekalkan tema, semakin terserlahlah kebijaksanaan anda dalam mencari idea, kerana anda telah menemukan citarasa buat blog anda, yang kini dah punyai tema dan seterusnya niche tersendiri.

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. aku juga dah lama tak berentri..lupa mahu buat apa,terima kasih sebab ingatkan aku abg HH Ahaks!

    BalasPadam
  2. betul tu... entri pendek tp padat dan tak buat pembaca jemu nak baca dan sentiasa menunggu entri baru blog kita... (^^,)

    BalasPadam
  3. perkongsian yang bermanfaat...

    BalasPadam
  4. uwaa.syieda blom jumpe tema..salu bercerita kisah peribadi..hukhuk..harapan pmbawa dapat terima blog syieda T__T

    BalasPadam
  5. Blog masih baru lagi..

    nak cari tema skrg masih susah lagi..
    Tapi sacara automatik nnt pasti akan wujud tema itu sendiri..

    BalasPadam
  6. salam...

    btul tu.. content blog saya bercirikan info berguna. yg penting bukannya widgets or hiasan2 keliling, tu smua mcm aksesori shj. yg penting adalah content yg disampaikan. itu la yg akan menarik readers utk dtg singgah di blog - utk ketahui content..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement