Anda pernah tahu mengenai kewujudan bangunan solar terbesar dan tercantik di dunia? Aha .. ianya terletak di Jepun, negara yang sememangnya terkenal dengan kemajuan teknologi.

Jepun memang hebat. Bangunan yang direka oleh Jepun adalah kalis dengan bencana (menurut mereka). Dan antara bangunan yang terhebat adalah bangunan solar ini - Sanyo Solar Ark.

Sanyo Solar Ark - Bangunan Solar Terbesar dan Tercantik Dunia


Bangunan ini dibina bersama kepingan-kepingan panel solar yang dapat menjana tenaga elektrik. Ia juga bangunan yang kalis gempa sehingga 7 pada skala ricther. Ia juga dapat menahan kelajuan angin sehingga 34m/s. Bangunan ini siap dibina pada 2001.




Sanyo Solar Ark merupakan bangunan solar terbesar dan boleh dikatakan tercantik di dunia. Bangunan ini telah dibina oleh syarikat Panasonic yang merupakan sebahagian daripada Sanyo Electric Company Limited.

Sanyo Solar Ark terletak di wilayah Gifu. Ia menjadi kebanggaan penduduk setempat kerana gahnya bangunan ini. Ia memang sangat unik dan memang nampak menarik dilihat daripada kejauhan.

Bangunan ini mempunyai kelebaran 315 meter dan ketinggian 37 meter. Ia menempatkan sebuah muzium solar, iaitu seumpamanya di dunia. Ini menjadikan ciri ini satu lagi keunikan yang ada pada Sanyo Solar Ark.



Struktur utama bangunan ini terdiri dari kekuda keluli tiga dimensi. Dan berikut adalah beberapa spefikasi bangunan itu secara terperinci:

  • Luas kawasan keseluruhan: 3294.48m ²
  • Kawasan ketinggian bahagian hujung: Approx. 7500 m²
  • Panjang keseluruhan: 315m
  • Tinggi: 31.6m (tengah) - 37.1m (kedua-dua hujung)
  • Lebar: 4.3m (atas) - 13.7m (bawah)
  • Jarak antara tanah dan asas bangunan di kedua-dua hujung: 20m
  • Jarak antara tiang: 126.6m memanjang dan 13.7m lebar
  • Julur: 94.2m dari ruang kepada akhir
  • Berat: 3000 tan metrik


Ark atau Bahtera ini ditutup dengan 5046 panel solar. Dengan jumlah panel solar yang ada itu, sudah semestinya ia dapat menjana banyak tenaga.

Pembinaannya merupakan satu visi murni oleh Sanyo untuk memastikan alam sekitar sentiasa bersih. Dikatakan perbelanjaan yang diperuntukkan untuk menampung kos elektrik bangunan tersebut turut disalurkan kepada Dana Alam Sekitar Sanyo.

Dengan dana tersebut, Sanyo menggunakannya untuk membiayai aktiviti-aktiviti pemuliharaan alam sekitar, bukan sekadar di Jepun tetapi juga seluruh dunia!





Selain daripada mampu menjana kira-kira 530,000 KWHr elektrik, bangunan unik ini juga mampu mengurangkan pengeluaran karbon sebanyak 167 tan dan menjimatkan kira-kira 120,000 liter petroleum setahun.

Hebat bukan?

Sumber: Sanyo Solar Ark dan Panasonic - Sanyo Solar Ark

6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. dlm nak buat sesuatu rekaan, thinking outside the box mmg diperlukan. hasilnya mcm di atas :)

    ReplyDelete
  2. Jepun ni memang segalnya hebat..teringin nak ke Jepun...

    ReplyDelete
  3. fuhh!! yg ini pun mmg gempak!!

    ReplyDelete
  4. hebat sangat. modal permulaan jer yag agak tinggi tapi bila dah siap jimatnya banyak sangat

    ReplyDelete
  5. canggih sungguh....tidak dapat dibafikan

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Previous Post Next Post
Panduan Labur Saham