Bangku Kosong Satu Ketika Dulu .....
Salam.
Boleh? Saya ucapkan tahniah buat blog ini .... kerana telah mempunyai 2000 followers. Satu pencapaian yang tak disangka. Di akhir hujung tahun 2009, blog ini cuma mempunyai 500 followers, betul2 kat hujung tahun.... leh baca entri tu kat sini: Bangku Kosong Mengalukan 500 Followers

Dan kini, setelah setengah tahun, blog ini telah berjaya memikat 3 kali ganda followers... weeee ... tepuk2 buat diri sendiri.

Ini bukan kerja buka mata tutup mata... ini adalah kerja buka mata dan buka mata. Tidur pun tak keruan, sampai ada yang bising2 - erkkk alamak mati saya lepas ni kena bebel ...hahaha ...

Saya bangga dengan pencapaian ini. Saya tahu ada banyak blog di alam maya yang lebih hebat dari blog ini, dan saya pun kagum dengan blog-blog ini. Ada tu baru setahun jagung, tapi dah berlari jauh dari blog ini. Ada yang saya mula2 kenal dalam awal2 berblogging di Bangku Kosong dah ada beribu2 followers, saya ingat, saya tahu ... mereka semua dah lebih berjaya dari saya menaikkan blog masing-masing.



Biasalah, mungkin kerana saya obses dengan blog sendiri, menghasilkan entri setiap hari tanpa jemu, sampai tak sedar ada masa dan ketika, saya menghasilkan sampai lebih 10 entri sehari! Gila ... itu kalau saya jadi mereka yang baru berblogging. 

Anda kagum? IShh tak perlu, blog ini hanyalah blog copy paste, bukan nukilan dari idea yang bernas dan asal, semuanya cedok dari tempat lain, jadi sebenarnya tiada apalah sangat yang nak dikagumkan.

Apapun, saya rasa gembira, saya happy bila ada yang menyatakan mereka menerima manfaat dan ilmu dari blog ini. Saya rasa berbaloi ada blogger yang telah mempraktikkan segala apa yang cuba saya sampaikan dalam entri-entri saya. Terima kasih saya ucapkan.

Dah ada 2000 followers .. cukup? Hanya anda sebagai pengunjung dan pembaca yang boleh menjawab, kerana anda yang akan klik .... tanpa perlu saya paksa!

Sekali lagi saya ucapkan berbanyak terima kasih pada mereka yang sudi menjadi follower blog ini, semakin ramai .. semakin semangat saya untuk menyajikan entri yang memberikan kita semua manfaat dan ilmu. Terima kasih.

16 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. teheeee~

    cograte la abg HH (:

    BalasPadam
  2. tahniah...teruskan menulis!
    nak 2000 gak!! hehehehehe

    BalasPadam
  3. tahniah bangku kosong....anda layak...meuju puncak gemilang cahaya

    BalasPadam
  4. Adoi, part paling tak gemar dalam blogging ialah bab Follower sebab gua ada 0 follower weh.

    No Plat Gagasan 1 Malaysia (G1M)

    BalasPadam
  5. tahniah2!! teruskan berblogging BK..^^

    BalasPadam
  6. tahniah.....

    blog yg sgt berinformasi

    BalasPadam
  7. tahniah BK...
    samalah macam blog solomolo...
    mula berblog akhir tahun 2008...
    akhir tahun 2010, tak sampai 50 follower...
    skrg, Alhamdulillah....

    BalasPadam
  8. Tahniah BK..
    2K tu..
    saya ni 100 pun belum lagi.
    ngeee~

    BalasPadam
  9. Tahniah...But seriously ur blog memang best & sempoi tapi baru2 ni ada problems sikit nak komen ur blog..Tu yang lama tak mengomen...

    BalasPadam
  10. tahniah...

    tp mana paparan follower BK?

    BalasPadam
  11. tahniah bangku kosong..(:

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement