Salam.
Sekali lagi saya bawakan mengenai Siri Kisah Kerajaan Agung Dunia. Sebelum ini, saya dah ceritakan serba sedikit mengenai Empayar Rom, Kerajaan Rom Suci serta Kerajaan Monggol. Kerajaan-kerajaan ini cukup hebat, namun akhirnya jatuh bila tiba masanya. Dari satu kerajaan ke satu kerajaan, dari satu empayar ke satu empayar, ceritanya tetap sama ... pengaruh mereka tertanam di seluruh pelusok dunia. Kita boleh lihat peninggalan kerajaan-kerajaan hebat ini di zaman sekarang - inilah bukti bahawa kerajaan-kerajaan ini hebat dan gah semasa zamannya.

Dinasti Han

Sebelum wujudnya Dinasti Han, negara China berada dalam kancah pergolakan perang saudara. Mereka semua bertelagah mengenai soal penguasaan wilayah. Siapa yang mempunyai wilayah yang terbesar dan terbanyak, akan dikira sebagai maharaja China. Namun, semua ini berakhir apabila Qin Shihuangdi mati pada tahun 210 SM.

Qin Shihuangdi merupakan pemerintah tertinggi di zaman pergolakkan ketika itu - dan dinamakan Kerajaan Qin. Setelah banyak pertumpahan darah, setelah banyak nyawa melayang akibat perang saudara, kerajaan ini runtuh dengan kematiannya.

The Han Dynasty. Foto: National Geographic
Era seterusnya ialah era Dinasti Han yang memerintah China selama lebih 400 tahun. China telah bersatu semasa pemerintahan Dinasti Han. Pemerintah pertama Dinasti Han ialah Liu Bang. Liu Bang sebelumnya merupakan seorang pegawai bawahan di Zaman Pemerintahan Dinasti Qin. Oleh kerana kekejaman yang dilakukan semasa pemerintahan Kerajaan Qin ini, maka Liu Bang telah mengumpulkan tenteranya sendiri dan menumpaskan Kerajaan Qin.



Liu Bang juga dikenali sebagai Gaozu yang memberi maksud 'nenek moyang tertinggi'.

Tempoh pemerintahan Dinasti Han dianggap sebagai masa keemasan dalam sejarah China dalam bidang ilmiah, kemajuan teknologi, kestabilan ekonomi, budaya dan politik. Malah sehingga hari ini, sebahagian besar orang Tionghoa menyatakan diri mereka sebagai orang Han. Pada masa ini, "orang Han" dianggap kumpulan etnik tunggal terbesar di dunia.

Sumber: Wikipedia

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement