As-Salam.
Hmm ... tengok tengok .. apa dah jadi .... ish ish ... ish .. susah la macam ni. Kenapa la nak dipadamkan semangat dan minat orang? Ishh dah elok2 si dia berblogging, berkongsi, bercerita ... pastu blog pun dah cantik molek tertarik ...  dihumbankan dengan perkara negatif buat apa ... ishh suka bebenor bagi ion negatif pun .... jangan memain ... nanti kena sambor petir .... (petir berlaku akibat pergeseran ion positif-negatif).

Saya nak tumpang sedih la jugak pada satu blog ni, mengikut entrinya, dia dah nak berhenti berblogging .... kerana apa? Hmm meh baca di sini: Luahan Hati dan Akhirnya Buat Keputusan Nak Stop ...

Manusia nih ... kadangkala si setan pun dok tabik ... tau pasal apa? Sebab kerja si setan yang dok suka hasut dan bisik ni benda tak elok dah diambil tugas oleh makhluk lain. Ishh ... aduhhh lupa ke yang kita ada musuh nyata? Yang dok perang sama sendiri, dengki sama sendiri ni buat hapa ... yang rugi nanti kita .... tapi kalau suka berada dalam kerugian .... buatla banyak-banyak .... weee ...

Saya tak faham la, kenapa ada je yang suka dengki dan hasad ni. Kita ni hidup nak la dalam keadaan aman ..... baik di dunia realiti mahupun dalam alam maya ni ... kenapa la nak gaduh2 sampai ke tahap buatkan orang lain patah hati...patah semangat membuat sesuatu yang dia suka. Bukan benda tak elok pun ... uhhh kalau benda yang tutt.... tuttttt ... dan tutttt (sensor dah weihh) .... terbeliak bijik mata pastu tekan LIKE banyak2 ... apa hal .... ishh ...

Saya nih bukanlah baik sangat pun, tapi setidaknya kita harus tahu .... apa yang baik, apa yang buruk Esok ...hari guru ... 16 Mei ... dah lupa pesanan guru apa yang harus kita buat dalam kehidupan? Kesian guru kita yang dah berikan yang terbaik buat kita - didik kita jadi insan terbaik, jadi insan cemerlang, jadi insan berbudi bahasa, jadi insan berjiwa murni .... hmmm .... jangan rosakkan pengorbanan guru .... pengorbanan ibu bapa ... mereka dah didik kita dengan baik .... jadi ..jadilah insan yang baik. Tolong ye ...

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Assalamualaikum. Yun setuju tu. Apa yang kita dapat dengan perasaan hasad dengki ni. Tak ada faedah malah memburuk-burukkan sesama kita. Kita kan bersaudara, jadi sama-samalah menghargai & mnghormati. :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. sifat hasad dengki patut dikikis.. hanya menjatuhkan sesama sendiri aja..

    p/s: selamat hari guru!!!

    Terima Kasih Atas Jasa Mereka Selama Ini

    ReplyDelete
  3. kadang kadang kita boleh kalah dengan hasutan syaitan. kalau syaitan tu boleh nampak, mesti dia dok tergelak suka kan. huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement