As-Salam.
Tak dinafikan gambar yang ada di blog dapat memberikan trafik secara organik - iaitu menerusi enjin carian. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan menamakan gambar tersebut dengan nama sepatutnya untuk memudahkan enjin carian indeks gambar tersebut. Google antara enjin carian yang ada robot khusus untuk mengumpul gambar-gambar ini dalam satu kategori carian.

Namun, adalah dinasihatkan supaya menamakan gambar ikut sepatutnya. Janganlah gambar makcik tengah makan sireh dinamakan awek cun bogel la pulak.... uhhh tak kena gitu. Sebab nak kejar trafik, buat kerja begini. Yang pasti kecewa adalah mereka yang mencari. HH sering je terkena bila kes mencari gambar untuk posting, sebab itulah banyak entri HH guna gambar sendiri ambik .... :)

Selain menamakan gambar itu dengan nama sepatutnya, anda boleh juga gunakan ALT untuk memberikan lebih makna buat gambar tersebut. Apa yang perlu anda lakukan ialah menambah alt="kata kunci" pada img source anda dalam coding html.

Contoh: <img src="http://hasrulhassan.blogspot.com/osamaladen.jpg" alt="gambar osama kena tembak">

Cuma kena rajin skit editing menggunakan html. Bila rajin ... maka hasilnya juga nanti akan lebih menarik. :)

Namun, kini blogspot sudah berikan sedikit kesenangan untuk anda buat tag atau kata kunci pada gambar anda, lihat contoh ini:


Dengan klik pada gambar, pilih properties, dan anda taiplah kata kunci pada title text dan alt text tu. Macam foto di atas, boleh letak title text: Pemandangan di Pulau Pangkor, alt text: Bot pelancong di Pangkor.


10 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. yang lain tu paham...cuma bab 'alt' tu jer lambat sikti nak paham...aper pun..tq tuk 'subjek' kali ni...:)..(tekun dah ibu membaca tadi..)...:)

    ReplyDelete
  2. oh ye ke...baru je tau ni...ermmm thanx ekk..

    ReplyDelete
  3. oo tmbh coding tu ilmu br. thanks bang hasrul atas perkongsian ilmu yg berguna ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Weihhh lama tak nampak hang kat sini ..hang merajuk ngan Bro ka Dawa? .... :P

      Delete
  4. baru tau ada image properties kat blogspot..tenkiu :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement