As-Salam.
Ya, kita antara paling ramai jadi pengguna Facebook dan juga antara penduduk dunia yang paling ramai yang ada blog sendiri, tak kira samada dalam platform blogspot, thumblr, wordpress dan beberapa lagi platform yang tidak dinyatakan. Malah, ada usaha sedang giat dilakukan oleh pihak Digi untuk menjadikan Malaysia sebagai 'nadi' baru bagi laman sosial Facebook [klik sini].

Dan kerana perkembangan ini, seharusnya setiap kita perlu tahu, bahawa kita mestilah menjadi seorang pengguna bertanggungjawab. Jangan melakukan atau menyebarkan dakyah yang tidak betul, apatah lagi fitnah. Cuba dapatkan fakta sebolehnya dengan tepat, sebab kelak nanti akan ada yang bertanya akan kesahihannya. 

Jangan jadikan platform perhubungan dunia baru ini sebagai tempat untuk menipu orang lain, tak kiralah samada dalam hubungan sosial, mencari kemewahan, melampias nafsu, mengaibkan sesama insan dan sebagainya. Ia bukan jambatan untuk kita titi lalu menabur fitnah di sungai maklumat yang sentiasa mengalir deras.

Kita bukan dilahirkan dalam kejahatan. Kita lahir dalam keadaan suci murni, jiwa bersih, tiada noda, tiada dosa. Jangan palitkan kekotoran pada jiwa yang asalnya bersih ini. Jangan lupa janji pada Tuhan!

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. betul tu . sekarang ni bende bende teknologi ni telah banyak disalahgunakan . aishh

    BalasPadam
  2. ada yang gunakan teknologi alam maya nie dangan baik begitu juga dengan sebaliknya.
    bagi dilaz ada kebaikan juga FB nie, tapi yang niat jahat, susah nak kata

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum HH,

    kesianlah pada mereka yg suka nak menabur2 fitnah & cari pasal dlm blog/FB dll.mereka2 yg macam ni nak kena ada org tazkirahkan, baru dorang sedar..

    sbb kita kat dunia cuma sekejap jer..kena saling beringat antara 1 sama lain

    BalasPadam
  4. salam...

    selain laman sosial, mcm2 website kat internet telah digunakan utk menipu org ramai. susah nk jumpa yg btul2 x tipu...

    BalasPadam
  5. kekadang ia di salah gunakan..

    adakah laman sosial yang bersalah? sebenarnya ia tidak salah apa-apa. ia balik kepada diri kita sendiri..

    banyak manusia tak renungan ayat ini

    49:6

    wallahualam.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement