As-Salam.
Fenomena buat blog untuk mendapat kekayaan segera bukan satu topik baru, malah ia dah berlaku lama dah, cuma sebelum ini tak terlalu exposed. Sejak akhir-akhir ini sahaja, bila mana media massa arus perdana mula membina ruang buat blogger menjadi tajuk utama akhbar. 

Dan biasalah, dah memang begitu, sebagai pelaris ...tajuk sensasi menjadi tajuk utama muka depan. Saya pasti ramai yang ingat mengenai kisah seorang blogger yang menjana pendapatan hebat dan mewah daripada blog. Ya, ia boleh dilakukan, tetapi harus faham ... empunya blog tersebut bukan buat blog dengan niat nak buat duit. Duit, kekayaan, kemewahan dan pendapatan ribuan yang beliau dapat sekarang bukan disebabkan niatnya buat blog untuk buat duit .... tidak .... so perbetulkan niat anda itu.

Bila kita masuk dunia blogging dek kerana mengejar kekayaan segera sebegitu, blog kita akan penuh dengan iklan-iklan ... sedangkan pembaca dan pengunjung yang datang ke blog bukannya nak tengok dan baca iklan ... mereka datang nak baca entri dalam blog, nak baca buah fikiran kita yang kononnya nak dikongsi dengan pembaca lain.

Begitulah kita - termasuk saya juga, teruja mungkin dengan kebolehan blog untuk menjana ribuan ringgit. Buat beberapa entri dan posting, promo skit sana-sini suruh orang masuk blog ...walhal blog kita dok penuh dengan iklan kiri kanan atas dan bawah... dari macam2 sumber dan platform. Entrinya pula diberikan ruang sempit ... nak kena pakai kanta baru leh baca.

Meh baca apa yang dikata oleh blogger ini - Kujie, yang bukan orang baru dalam dunia blog .... dah peroleh pun pendapatan dari blognya, tetapi cuma anda lihat bagaimana rupa blog kak Kujie ni .... [Bila Jumpa Blog Seperti Ini] ... jadi jangan sasarkan niat awal anda dek kerana teruja melihat blogger lain menjana pendapatan ribu-ribu. Ia takkan berlaku, jika niat kita itu dah tersimpang dari tujuan asal berblogging.

Jadi, mari sama-sama perbetulkan apa yang tak betul. Iklan tu cuma diibaratkan serbuk perasa je dalam blog. Tak perlu tambah banyak2 ..nanti pening dibuatnya.

9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. tensen........taip panjang2 tak boleh publish!

    BalasPadam
  2. entri tu bukan larangan, tiada perkataan JANGAN...jadi itu cuma manual panduan, bukan setiap orang boleh ikut.

    BalasPadam
  3. aku pun ada niat nak detak iklan kat blog aku tapi blog aku masih baru dan mungkin tak sesuai ahakss..lain kali mungkin..

    BalasPadam
  4. iklan di blog mungkin boleh bantu aku, sebab aku orang susah aha hah tapi bukan sekarang aku rasa..

    BalasPadam
  5. assalamualaikum saudara
    terima kasih atas perkongsian saudara ini
    terima kasih juga sudi buat entry tentang posting saya bangku kosong;erti persahabatan itu.

    BalasPadam
  6. @Kujie Kenapa yer? Hmmm K.Kujie dari hari tu lagi kan tak leh tulis panjang2 pastu tak leh publish?

    BalasPadam
  7. salam. betul juga. sikit2 sudala. tapi kalo iklan lebih byk dari entry mmg sgt myakitkn mata. hehe. niat nk baca entry, tp bila iklan byk n xtersusun plak tu, mmg trus skip blog mcmtu.

    BalasPadam
  8. entahlah.. kadang kadang dah bosan baca pasal nak cari duit dari iklan lah , apa lah.. semua pasal nak jana pendapatan.. blog takder info langsung

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement