Maira Punyai Ibu Angkat. Foto: Lensahasrul |
As-Salam.
Anak anda ada ibu susuan? Anak saya, Zikri ada ibu susuan. Ibu susuan si Zikri adalah mak sedara dia jugak. Semasa baru-baru je dilahirkan, Zikri disusukan oleh mak sedaranya, memandangkan wife saya ketika itu tak dapat nak berikan susu kepada Zikri yang baru je menjenguk dunia.
Jadi, apa itu ibu susuan dan anak sesusuan? Kita perlu jelas akan hal ini terutama buat mereka yang pada awal-awal kelahiran anak ada masalah dengan susuan ibu. Dalam segi agama, perihal ibu susuan ini amat diambil kira, kerana ia melibatkan hukum pertalian darah serta muhrim.
Zikri Punyai Ibu Susuan. Foto: Lensahasrul |
Apa syarat menjadi ibu susuan?
Ibu yang menyusukan telah baliqh. Maksudnya perempuan yang menyusukan anak angkat tersebut mestilah perempuan yang telah baliqh iaitu keluar haid dari kemaluannya dalam keadaan sihat anggota badannya. Umur perempuan baliqh ialah di antara 9 atau 10 tahun.
Apa pula syarat bagi anak yang dianggap anak susuan?
Apa pula syarat bagi anak yang dianggap anak susuan?
Anak yang disusukan itu berusia dua tahun ke bawah. Maksudnya anak angkat yang di susukan itu mestilah berumur 2 tahun kebawah dan tidak boleh anak yang berumur 2 tahun ke atas. Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Tidaklah susuan itu melainkan dalam lingkungan umur dua tahun.” (Riwayat Darul Qutni)
Susuannya sebanyak lima kali yang berasingan dan setiap kali menyusu mesti sampai kenyang. Maksudnya anak angkat yang disusukan mestilah sebanyak 5 kali susuan secara berasingan dan susuannya tidak boleh kurang dari 5 kali. Setiap kali susuan tersebut mestilah sehingga anak tersebut kenyang. Hadis Nabi yang bermaksud : “Adalah pada ayat yang diturunkan daripada Al-Quran ialah sepuluh kali susu yang maklum lagi mengharamkan kemudian dimansuhkan dengan lima kali susu sahaja.” (Riwayat Muslim)
Susu yang diberi kepada kanak-kanak itu mestilah ditelan sehingga sampai ke perut anak tersebut. Maksudnya susuan yang diberikan kepada anak tersebut dipastikan sampai kedalam perut anak angkat tersebut. jika tidak sampai maka tidak boleh dianggap anak angkat tersebut sebagai anak susuan.
Perspektif pergaulan antara anak susuan dan anak sendiri?
Batas pergaulan anak susuan (anak angkat susuan) dengan saudara susuannya (anak-anak dari darah daging ibu susuan) sama sepertimana adik beradik kandungan atau saudara sama mahramnya. Auratnya antara anak perempuan dengan anak lelaki ialah antara pusat dengan lutut. Tetapi ada pendapat lain yang menyatakan aurat anak perempuan seluruh badannya kecuali kepala, muka dan tangannya sahaja. Pendapat saya berdasarkan keadaan semasa yang banyak berlaku kes-kes sumbang mahram dikalangan adik beradik, bapa dengan anak, atuk dengan cucu dan sebagainya, maka lebih eloklah anak perempuan tersebut tutup keseluruh tubuh badannya kecuali kepala, muka dan tangannya sahaja supaya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Bagus..instead of choosing formulated powdered milk you prefer to have ibu susuan for your kid. Bukan senang org nak buat macam tu. Ramai yg lebih suka bagi susu formula.
ReplyDeleteOurkizuna desu
Maria pernah cuba untuk menjadi ibu susuan kepada anak saudara Maria tapi sebenarnya bnyk perkara yang perlu diambilkira..Mengikut hukum seseorang yg ingin menjadi ibu susuan perlu mendapat izin dari suami dan org yg ingin mengambil kita menjadi ibu susuan juga perlu mendptkan keizinan dari suami..Sekiranya suami bersetuju, suami tersebut perlu membayar upah kepada ibu susuan tersebut melainakn ibu susuan tersebut menghalalkannya dunia & akhirat...Info Ini pun Maria dapat dari one blog...
ReplyDelete@MARIA Ya betul, memang kena minta izin, tetapi selalunya, ibu susuan ini hanya berlaku di kalangan sanak sedara. Kalau anda ada ambik kelas penyusuan susu ibu di pejabat kesihatan, perkara-perkara ini ada dinyatakan. Terima kasih kerana menambah. :)
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ini...:D
ReplyDeleteBetul la tu..Mcm ibu Maria pun ada saudara susuan...Sepupu sendiri jadi saudara susuan...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.