Antara Domain Berbayar Dan Hosting Percuma

Salam.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang tanpa penat datang singgah di Bangku Kosong walaupun sejak dua menjak ni, blog ini agak sukar nak dibolosi, malah feeding juga masih berterabur lagi. Walaupun tak berapa nak stabil lagi, insyaAllah, HASRULHASSAN.COM akan ok .... saya pun dok beberapa kali gabra tetiba nak papar blog sendiri tak boleh. Oh ya .. kalau anda guna IE dan Firefox, memang tak ada masalah nak masuk blog ni, tapi saya dah cuba guna Thunderbird dan Crome ... kantoi ... dapat putihhhh je.

Apapun saya ingin ucap banyak2 terima kasih kepada mereka yang respon entri saya sebelum ini: HasrulHassan.com Perlu Bantuan Rakan Blogger. Jadi kepada rakan-rakan yang lain, anda boleh rujuk entri berkenaan jika sudi nak bantu saya seikhlas hati. :)

Pada mulanya memang saya fikir2 tentang domain dan hosting ni, saya buat sedikit research sendiri, almaklumlah ..saya ni bukan pandai sangat pun walaupun di sebalik sekeping ijazah yang ada tulis Sarjana Muda Sains Komputer .... opppss kantoi .. hahahaha ...

Hmm untuk pengetahuan, saya cuma beli domain, bukan hosting. Jadi blog ini masih lagi menggunakan nyawa blogger.com walaupun alamat urlnya adalah hasrulhassan.com. Apa yang anda nampak adalah nama domain yang saya beli daripada syarikat pendaftar domain, dan rata-rata mengenakan bayaran lebih kurang sama je ..iaitu sekitar RM30-RM40 untuk satu nama domain. Pembelian domain ini sangat mudah, dan sangat pantas - bergantung pada syarikat yang menyediakan khidmat ini.

Saya menggunakan SYOK HOST yang mengenakan bayaran dalam lingkungan yang saya nyatakan tadi, dan merupakan antara termurah di pasaran sekarang. Pembelian saya lakukan pada awal malam, dan alangkah terkejutnya saya, domain ini telah sedia untuk digunakan menjelang awal tengah malam hari yang sama!

Jadi, siap ... dengan setiap setup yang saya perlu lakukan, hasrulhassan.blogspot.com telah punyai nama sendiri - hasrulhassan.com dalam hanya satu hari! erkkk tak sampai 24 jam pun. Namun, tatkala mula menggunakan domain ini, akan hadapi beberapa masalah sedikit .... ala macam anak ayam baru menetas .. gelong2 lagi .. mana cukup kuat lagi.

Hosting sama. Domain je berbayar. Jika sesapa yang tahu, andai anda whois atau ping hasrulhassan.com ini, ia pasti akan merujuk kepada hosting blogspot yang terletak di Santa Monica, US. Jadi, jangan keliru ehhh .... tak mahal pun guna domain sendiri ni ... yang mahal cuma pakej hosting yang buat masa ini, saya tak buat lagi .... 

Maka, blog ini dengan sendirinya punya nama yang dibayar setahun sekali ..... di sebalik hosting percuma yang masih menjadi 'nyawa' blog ini.

*p.s: Technorati Claim: T8MGQ64JKWBW

Post a Comment

4 Comments

  1. salam..tinggalkan jejak disini...nak minx pendapat le??d sini..;) tq
    http://faratina1991.blogspot.com/2011/05/apa-itu-tumblr.html

    ReplyDelete
  2. tahniah3.. tp alexa jtuh tuh sb domain bru.. btw naikkan blk cepat...

    ReplyDelete
  3. kantoi technorati disitu.ehehee...domain best kat godaddy le..skang ngah promo..:D

    ReplyDelete
  4. Baru dapat baca mengenai domain dan hosting sambil2 usha2 adsense

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.