As-Salam.
Tadi saya tertarik dengan satu isu, plagiat dalam entri blog. Plagiat ... hmmm .... sebelum tu baik korang baca dulu isu ini dari perspektif blogger ini [KLIK SINI]. Baca sampai habis ... sebelum anda buat kesimpulan ehh ... di situ ada tunjukkan 3 jenis plagiat yang berlaku dalam blog.
Saya nak kata soal plagiat ni, nak komen lebih2 ... saya tak lah berani. Tapi saya lebih sukakan konsep sharing is caring ... sebab memang itupun falsafah berblogging ni ... sebab itulah ada widget tentangnya. Plagiat .. hmm mari kita cari definasi nak?
Dari wikipedia: Plagiarisme atau sering disebut plagiat adalah penjiplakan atau pengambilan karangan, pendapat, dan sebagainya dari orang lain dan menjadikannya seolah karangan dan pendapat sendiri.
Budaya plagiat ini pernah menjadi isu yang hangat sebab ia telah diaplikasikan dalam penulisan tesis dan kerja kursus dalam institusi pengajian tinggi. Dalam bidang kesusateraan pula, ada juga isu ini dibangkitkan, dan dari apa yang saya tahu, tiada akta rasmi mengenainya kecuali akta hakcipta 1987 yang secara tidak langsung ada berinti-patikan mengenainya tetapi tiada perkataan khusus plagiat digunakan.
Bagi saya, istilah plagiat ini sesuai digunakan dalam bidang berkaitan pendidikan dan penerbitan hasil ilmiah, dan kurang sesuai jika istilah ini digunakan dalam dunia blogging ni. Mungkin ramai tak sependapat dengan saya, tetapi seperti menurut blogger dalam entrinya tu, ada 3 jenis plagiarisme yang berlaku dalam dunia blog. Dan saya akui itu.
Saya menulis entri dalam blog bukanlah atas kapasiti untuk meraih populariti atau meningkatkan jumlah pageview mahupun ranking, saya cuba menyebarkan sesuatu perkara yang saya tahu dari sumber asalnya. Seandainya sumber itu saya copy paste ... sebijik2 gitu, adalah sebab saya tak mahu nanti akan ada yang mempersoalkan kesahihannya, bagaimana nanti disebabkan satu entri itu, kita bakal berdepan dengan satu tindakan mahkamah kerana menyebarkan sesuatu yang palsu atau dengan kata lain - fitnah.
Sebolehnya saya cuba buat entri dengan pendekatan yang 'selamat' dan jika ada entri yang mengandungi isi copy paste yang dimaksudkan adalah semata-mata kerana saya ingin berkongsi sesuatu yang patut dikongsi (pada pandangan saya, mungkin tidak pada orang lain). Ada artikel yang tiada sumber dinyatakan sebab memang tiada sumber asal nak dikreditkan.
Mengapa isu ini dibangkitkan? Kerana ada perbezaan pendapat tentang bagaimana soal perkongsian ilmu dan pengetahuan ini patut dilakukan ... dan yang menjadi lebih panas apabila blogger yang buat copy paste ni lebih popular, lebih dihargai dan mendapat pujian pelbagai sedangkan idea kreatif asalnya adalah bukan daripada blogger tersebut. Itu yang buat ramai terutamanya penulis entri asal tu hangin.
Isu ini lebih hangat bila ia lebih nampak dan menyerlah berlaku dalam blog2 yang memberikan tutorial mahupun tips sesuatu. Saya baca tutorial pun banyak yang lebih kurang sama je isinya, dan kalau tengok betul2 pun .. kebanyakkannya tu berasal dari blog2 luar (bukan Malaysian made, by mean).
Penyelesainya, saya berikan pendapat ini, mungkin ada yang tak berkenan ... tetapi jika anda dah baca entri asal [KLIK SINI] kat situ dah ada ... cuma ikut dengan tak sahaja. Tapi ... jika anda inginkan sesuatu yang baik itu tersebar dengan suburnya .... tak kiralah ia hasil tulisan anda atau tidak, perlukah anda kisah akan pujian yang diterimanya?
Puji pada mereka yang copy entri saya - kerana mereka dah baca dan mereka sedar ia baik untuk disebarkan, jika mereka berikan kredit kepada saya, saya ucapkan terima kasih namun ganjaran sebenarnya adalah bukan dari saya atau mereka ... tetapi dari Tuhan yang Maha Kaya kerana dari sanalah asalnya segalanya. Hanya kita sahja yang membuatkan ia salah dan menjadikan ia satu isu.
Kita boleh jadikan dunia blogging mesra tanpa isu sesama blogger. Pusing terbalik kiri kanan pun .. akan jumpa benda yang sama juga.
abang hasrul..rasanya entry tu tuju dekat saye..haha
ReplyDeletehttp://iniwootwoot.com/2011/04/dakwah-yang-berdosa/
@woot-woot Uhh ye ke? Hhehehe .. lupa lak nak tulis, bagi entri berunsur dakwah .. yang ada ayat2 Quran ... kredit bukan patut pada orang yang menulis .. tetapi kepada Maha Kaya yang mengilhamkan penulisan itu.
ReplyDeleteTidak timbul isu plagiat dalam soal menyebar dakwah ni... sepatutnyalah.
pehhterus bersekongkol
ReplyDeletewoot2 yg noob sila check tarikh posting. it was last week
biase lah ni
ReplyDeletesejak dulu sampai la ni...tak pernah kisah org nak ambil apa2 je ....
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.