Vandalisma - teruk. Foto: Lensahasrul |
Salam semua bloggers.
Aduhai. Dah tak leh nak main gelongsor lagi dah. Dah kena bako macam ni .. camner? Kejadian nih berlaku selepas tamatnya perayaan Chap Goh Mei baru-baru ini. Taman permainan ni memang betul2 di depan rumah saya. Dan petang-petang memang tempat kanak-kanak bermain.
Tapi ... kalu dah gini ...camner? nak main gelongsor dah tak leh dah. Sian budak2 nak main, nampaknya kena berhijrah main kat tempat lain.
Zikri dok tengok kesan vandalisma. Foto: Lensahasrul |
Apa la dosanya taman mainan ni. Adeh, saya tak nak tuduh sesapa .. tapi tak terfikir dek kepala otak ke, kalau buat cam ni akan jadi apa .. kesannya. Saya pasti ini disebabkan oleh bunga api dan mercun yang sebelum ini memeriahkan malam kami di taman tu.
Masyarakat kita memang kurang kesedaran sivik. Bila tak dak kemudahan, beriya mintak, cakap kerajaan tak prihatin la bagai. Tapi bila dah dapat, ginilah jadinya. Suka benor merosakkan harta benda, agaknya kalaulah papan gelonsor tu derang punya, dan dibakar oleh orang tak bertanggungjawab ... hmm seronok kot. Adeh.
Susah nak nasihat orang camni. Memang tak makan saman nyer. Tapi, terkejut tak? Kalau saya katakan ... vandalisma ini dilakukan oleh kumpulan kanak-kanak! Kanak-kanak merosakkan tempat mereka sendiri bermain. Ohh alangkah malangnya.
as salam..
ReplyDeletehm..kesedaran sivik yang semakin kurang.
harta benda awam pun dibakarnya.er..budak? hantar ke sekolah henry guney kat melaka
=_="
kalau sedari budak2 lagi dah bakar membakar ni, kalau dah besar, lagi la risau.takut jadi macam kes allayarhamah dato sosilawati
=_="
kan elok lagi pegi bakar sampah daun2 kering tu. lagi berbaloi.boleh jadi baja untuk pokok. kalau tanama terus lagi bagus kan.
boleh letak iklan entri?
yang ni;
Jawatan terbuka untuk perdana menteri dan menteri-menteri dalam diri
broadband rosak?dan bakal nak rosak? tak tahu nak baiki macam mana? lihat tutorial saya
budak tu belajar dari orang dewasa gak... camne moral orang kita nih??!
ReplyDeleteJemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
Cara Dapat Side Income Dengan HeartBeat!
salam bro...
ReplyDeletemmg rakyat m'sia kurang sivik. semua nak mengharapkan org buat keje. xde kesedaran langsung..
rasanya xmungkin budak2 yg pi bakar gelongsor tu..tgk pun rasa mcm budak besar yg buat keje2 gitu dan xmungkin buat siang2 hari...
rakyat malaysia memang kurang sivik..nak menjahanamkan memang terer..
ReplyDeletesaya setuju.. masyarakat kita memang kurang bab-bab sivik ni..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.