As-Salam.
Sejauh mana kita ikhlas menulis entri? Ada sesapa tahu tak untuk mengukur? Susah sebenarnya nak tahu. Tapi apabila si blogger sudi berkongsi apa yang dia tahu, bercerita hal dirinya, berceloteh tengtang perkara dan isu semasa, tentulah dia ikhlas. Takkan tak ikhlas pulak ..kan? Ada juga insan yang meragui keikhlasan seorang blogger menulis entri..... katanya semata nak kejar trafik. 

Kejar trafik .. salah ke? Terdapat peraturan jelas ke mengenai hal kejar trafik nih? Bagaimana pula dengan gila trafik? Salah jugak? Aiseh ... fikirlah .. kalau tak ada trafik, camner nak ada pembaca? Kalau tak ada trafik, macam mana entri nak dibaca, diulas, dikomen oleh orang lain? So salah ke?

Bagaimana nak kejar trafik? Selalunya yang biasa blogger buat adalah:
  • Promosi dalam ruangan forum, chat, facebook
  • Promosi dalam blog orang lain terutama blog otai dan blog2 yang dah memang tinggi trafik
  • Buat entri banyak, satu hari mungkin dalam 4-6 entri ... sebab trafik ini dari pelbagai orang ... so macam-macam minat dan kesukaan, entri yang pelbagai agak menarik mereka lalu berikan trafik kepada blog
  • Masuk segmen, contest, giveaway yang dianjurkan oleh blogger lain
  • Cuba dapatkan tempat dalam bloglist blog orang lain

Itu antara cara dan kaedah yang biasa dan selalu blogger buat. Kejar trafik bagi membolehkan blog dikenali, tahu ia wujud.

Ikhlas dalam apa jua pun sebenarnya agak subjektif. Susah nak diukur. Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Dah dah .. jangan dipersoalkan akan keikhlasan ....  senang cerita ... mcam HH kata tadi, dia dah buat posting untuk berkongsi - tu kira ikhlas la tu .. nak apa lagi? Nak kena tulis dan declare ke?

22 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. saye lebih suke publish post ikut kepuasan..kalo nak kejar trafik saye tak pandai langsung..alahaiii kejo2 pon tak naik2 jugak..hehehe janji ikhlas eh

    ReplyDelete
  2. betul tu.

    dimana kayu pengukur keikhlasan?

    mungkin ada sesetengah situasi dapat dihidu

    keikhlasan tu.

    yang penting kita tahu apa kita buat

    orang yang menerima atau membaca

    pasti dapat merasakannya

    ReplyDelete
  3. entri mas semuanya ikhlas dari hati yang suci murni lagi tulus...

    boleh tak cakap camni?? hehehe..

    ReplyDelete
  4. nice entri bro..apa2 pun berblogging lah dengan ikhlas kan..:)

    ReplyDelete
  5. kadang2 bila kita tulis dengan sepenuh hati, itu lebih bagi kepuasan kepada pembaca belog kita. :)

    Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
    Cari hadiah best untuk yang tersayang?

    ReplyDelete
  6. hurmm..saya kan HH selalu merapu meraban jer dalam blog tu haaaa...kalo de sape2 baca dia suka bonus lar tuh..tp xpandai lagik nak kreatip motip dgn entry ni..tapikan xde langsung nak kejar trafikkk..see...saya xkisah followers saya naik slow jer..siap ada yg unfollow lagi..redha jerlah..

    hi fwenz!! keep it up blogging ya!! Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

    ReplyDelete
  7. nyue pon xpandai gak cnmr nk kejer traffik tuu...

    ReplyDelete
  8. masing2 ada tujuan sendiri...ndak perlu dengki mahupun persoalkan tujuan dan niat orang tersebut...bagi kita...gembira membaca cerita mereka....kerana cerita tersebut tidak sama dengan cerita kita....

    ReplyDelete
  9. jadik diri sendiri lagi bagus kan . lagi seronok bile dapt luahkan ape yang tersirat . sye tak terrer la bab2x kejar trafik ni . by the way , nice ntry :)

    ReplyDelete
  10. hehe..benar tu HH ..saya sokong

    ReplyDelete
  11. saya tak berapa pandai nak kejar traffik..kadang2 nak join segmen pun malu..malu org kata saya ni kejar trafik.. dulu lagi teruk..nak komen pun malu..malu orang kata saya komen sebab nak suruh org datang blog saya..heh..

    ReplyDelete
  12. sy tak fikir pun psl trafik2 ni... klu ada yang sudi baca, Allhamdulillah... tulis apa yang saya suka, n masuk segmen apa yang rasa suka gak... hehehe

    ReplyDelete
  13. tulis atas dasar bebelan sorang2.suka follow.xsuka xpa.
    nur syok g baca blog yg xdpromot.pendek kata yang besa2 ja..tapi iklas.

    ReplyDelete
  14. Ada orang yang baca entri kita tu pun dah bersyukur.... Kalo mampu kejar apa salahnya.....

    ReplyDelete
  15. kalau orang suke jenguk blog saye syukurla...hahaha..maknenyer ade jugak org nak jenguk blog saye...saye suke merapu2 dalam blog dan citerla paper...kdng2 bile boring saye akan bace balik...nak kejar trafik bagai memanglah tak reti...polis trafik tahulah...hahahaha

    ReplyDelete
  16. Jun masih tercungap2 nak kejar trafik. Upate blog pun sehari sekali...huhuhuuu...

    ReplyDelete
  17. ketandusan idea membuat kita tak kisah dengan jumlah hint traffik..

    http://pemudattbc.blogspot.com/2012/06/aku-punya-harapan.html

    ReplyDelete
  18. brader HH dengan iklasnya aku komen disini hehe

    ReplyDelete
  19. kadang2 perlu mengejar sesuatu perkara agar tersebar sesuatu perkara...renung2kan..^_^

    ReplyDelete
  20. sememangnya nak menulis entry perlu ikhlas dan tak boleh ciplak dari org lain...huhuhu...nice tips

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement