As-Salam.
Nak buat blog jadi special di mata pembaca - di mata pengunjung, bukan perkara yang mudah sebenarnya. Saya sendiri yang dah berblog 3 tahun pun masih mencari-cari. Mana taknya, kejap blog kaler hijau, pastu kuning, pastu lak kang .. jadi kaler hitam ... dan skang putih. Susah betul nak puaskan hati sendiri, apatah lagi nak puaskan hati orang lain.

Kata blogger - Abang Nara (BeautifulNara) dalam vlog bersama Ben Ashaari; untuk tampil dengan blog yang popular bukan mudah, perit dan perlukan usaha yang berterusan. Bukan hari ini buat blog, esok lusa dah nak ada ribu2 followers, dan ribu2 unique visitors (uv). Nak capai apa yang kebanyakkan blogger hebat capai, kena perlu bersusah susah dulu. Cuba cari kekuatan sendiri untuk tampil unik dengan blog yang lain.

Kesukaran untuk jadi unik memang ketara sekrang - dulu tidak. Dulu blog tidak banyak semacam sekarang. Kini, blog dah juta-juta dah ... termasuk blog bersawang. :) Pertumbuhannya memang drastik. Menurut Abg Nara, blog tumbuh cam cendawan lepas hujan selepas beberapa kes melibatkan blogger. Media mula membuka mata akan peri pentingnya blog, dan tumpuan masyarakat yang makin celik IT juga dah beralih ke blog untuk sumber maklumat.

Dek kerana publisiti, dek kerana pendedahan di media arus perdana, ramai yang mula membina blog. Mereka tahu, blog ada kekuatan sendiri dalam menyampaikan apa yang ingin disampaikan.


Tapi untuk memikat pembaca secara berterusan, seorang blogger perlu ada identiti sendiri dalam dunia blog. Bila disebut nama - mereka dah tahu siapa dia, apa nama url blog dia, apa kandungan blog dia. Itulah yang dikatakan unik sambil terkesan.

9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. sedih yer sbb xdapek tgk vlog abg ben dgn beautifulnara tuh..loading nyer adalar kot 7hr 7 malam..nyammppahh!!

    psstt..betul kata HH tu, kena ada tarikan tersendrii..dan sesuatu yang unik sbbnya bila org mai dia akan ingt trademark kita ni haaa...bila bercakap2 dgn bloggers lain pun kiranya ada satu mende yang akan diorg tell sama..itu bermakna dah de tarikan tersendiri tul x??



    hi fwenz!! keep it up blogging ya!! Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

    BalasPadam
  2. saya ni blogger baru..juga masih tercari cari identiti sendiri..masih mencari kekuatan blog yang tersendiri..hehe..minta tunjuk ajar dari yang otai otai ni ye..

    BalasPadam
  3. teruskan dgn BANGKU KOSONG nampak kool dan unik...

    BalasPadam
  4. usaha tetap jaya, acehh wahh, aku pakai moto sekolah seyh.!

    BalasPadam
  5. salam bro...

    tgk la saya. identiti yg lain dr yg lain....hahaha

    BalasPadam
  6. btol 2..identiti bukan dicopy paste tpi smua tu hsil usha sndirik kan..

    BalasPadam
  7. yg perenggan akhir tu..kalau la dpt jd macam tu huhu

    BalasPadam
  8. agak susah nk mencari identiti yg tersendiri...lau ada identiti yg tersendiri baru orang akan igt pd blog kite..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement