Perjalanan ke Utara Sentiasa Smooth. Foto: Lensahasrul
Salam semua pengunjung Bangku Kosong.
Rasanya ramai dah lalui perit jerih berada di dalam keadaan tertekan disebabkan kesesakan trafik. Kesesakan ini bukan kesesakan biasa .. ia kesesakkan yang luar biasa ... bagi sayalah. Sebabnya ia berlaku di lebuhraya yang sepatutnya menjanjikan perjalanan yang lancar.

Saya semalam pulang dari kampung - Batu Gajah menghala ke arah utara - iaitu Nibong Tebal tanpa sebarang masalah. Cuma awalnya agak sesak semasa di bandar Batu Gajah. Bila dah masuk lebuhraya, meskipun kenderaan banyak yang meluncur laju, perjalanan masih lagi lancar.

Dan on the way tu .... saya terserempak dengan satu kemalangan... dan malangnya ia telah menyebabkan kesesakkan luar biasa bermula dari Jambatan Sultan Azlan Shah di Rehat dan Rawat Sungai Perak .... mengunjur panjang hingga ke Taiping. Fuhh panjang tuhhh ....

Saya nampak beberapa kenderaan polis juga berada dalam kesesakkan tersebut, dan saya juga nampak ada anggota bermotorsikal menjaga lalulintas terutama lorong kecemasan yang selalu saja dinodai oleh pengguna lebuhraya. Hmm malanglah siapa yang terkena saman .. dah la berbaris panjang dan tension dengan jem ... kena saman la pulak!

Dan saya juga concern skit bila ada penunggang motorsikal yang berhenti di lorong kecemasan tersebut, tak tahulah samada ia sengaja berhenti atau memang ada kecemasan. Dan dari jauh ... saya nampak lori dan kereta laju je menerobos ke lorong yang sama .. risau takut ada yang menjadi mangsa yang tak sepatutnya.

Tolonglah jangan salah gunakan lorong kecemasan. Andai ada kemalangan yang meragut nyawa .. hanya lorong inilah yang menjadi laluan untuk ambulans dan polis. Dan jika kereta rosak atau hadapi masalah .. lorong inilah yang akan digunakan, jadi jangan salah guna. Walaupun anda mahu cepat sekalipun .... tindakan anda menggunakan lorong itu takkan bawa anda ke mana .... jauh mana sangatlah anda boleh pergi dalam kesesakan begitu?

Sekarang, mungkin anda tidak terasa akan peri penting dan bahayanya lorong tersebut kalau salah guna - sebab ia tak terkena batang idung sendiri. Apa kata suatu hari nanti .. anda kemalangan .. dan ambulan yang sepatutnya bawa anda ke hospital tak dapat sampai hanya kerana lorong kecemasan yang ada ... juga sesak dan tak boleh diakses seperti sepatutnya. Ketika itu ... akan bergenang air mata anda ...

Anda boleh baca kisah bloggger ini tentang kesesakan .... 13 jam? KLIK SINI.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. td dengor lam radio..ada yg kena jem sampai 17 jam semalam..bertolak 6ptg semalam..6pg td baru sampai..haru macam tu kan!! kat ganu ni pun atas jambatan sana dah berpuluh2 kereta xcident...terlanggar sesama sendirik

    Jom klik mummylovers blog

    BalasPadam
  2. Salam saudara.
    Saya pun sama. Sesak dari Taiping sampai Kl. Masalahnya, ramai yang guna jalan kecemasan dan pihak polis macam tiada tindakan aje.

    BalasPadam
  3. itulah..kadang2 LabiLabi naik motor kan dorang yang naik kereta sesenang ati je masuk lorong kecemasan..kadang2 lori pun ada jugak..

    1 sekali tu nasib tak mati kena gelek dgn lori tanah tu..sebab dia men tukar lorong emergency sesenang ati je..

    IKLAN FREE & Follow Blog Labi-Labi NineMustafa
    & JariPlastik

    Pendedahan Exclusive : Penyanyi Islam Membidas Mufti

    LabiLabi da follow kamu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement