As-Salam.
Seronok jika blog yang anda cintai, yang anda buat entri setiap hari sampai miss makan pizza, sampai meggi anda jadi kembang dan sampai terlupa ikan digoreng kat dapur menjana pendapatan buat anda.

Ramai yang suka berblogging tanpa ketahui bahawa blog mereka leh buat duit. Dan ramai juga yang dah pun tahu yang seorang blogger boleh menjana pendapatan ribuan ringgit hasil dari minat mendalamnya dalam berblog.

Dalam banyak-banyak platform pengiklanan dunia blog, Nuffnang adalah salah satu di antaranya. Ramai gak saya dapati ada meletakkan widget pengiklanan Nuffnang dalam blog mereka. Mungkin mereka telah lebih terdedah dengan publisiti yang diberikan kepada syarikat pengiklanan online ini. Dan paling menarik adalah pendedahan yang telah dilakukan oleh seorang blogger terkenal - Redmummy mengenai pendapatannya yang perghhh gila kentang punya 00000 banyak kat belakang titik. Yang nyata, ramai dah tertarik dengan pendapatan hebat hasil dari blog.

Tapi meletakkan iklan dari Nuffnang tidak akan mampu memberikan anda hasil sampai puluh2 ribu tu. Malah ribu pun belum tentu, kecualilah blog anda itu dikenali ramai, dan ramai yang sanggup klik iklan Nuffnang yang terpapar di blog anda. Even pageview anda skit tapi mereka yang setia datang ke blog anda dengan rela hati dok klik iklan yang muncul - hasil meletakkan widget Nuffnang tersebut. Ohh alangkah bahagianya anda .... cukup bulan maybe anda dah boleh cashout minima RM50.

Tapi kejayaan sebenar blogger yang dapat income banyak tu bukanlah bersandarkan widget Nuffnang yang anda letak, tetapi berpunca dari pengiklanan berbentuk Advertorial. Dan buat pengetahuan anda .... hanya blogger terpilih saja atau blog terpilih saja akan dapat merasai tawaran membuat iklan Advertorial ini.

Meh saya singkapkan beberapa faktor utama blog yang dapat iklan berbayar berbentuk Advertorial ini:
  • Secara umumnya, blog anda seharusnya dan mesti mempunyai sekurang-kurangnya 1000 pageviews sehari.... ehh silap ... 1000 unique visitors sehari! Itu adalah ketetapan yang telah dibuat oleh pihak Nuffnang bagi membolehkan anda dicalonkan atau diketengahkan kepada pihak advertiser atau pengiklan.
  • Kandungan blog anda seharusnya bersifat universal, sebab advertiser inginkan blog yang bersifat universal bermakna anda menceritakan banyak perkara dalam blog anda.
  • Trafik ke blog anda mestilah dari dalam Malaysia, bukannya dari luar macam US, Mesir atau Jepun.
  • Wajah blog anda mestilah menarik pada pandangan advertiser. Mereka pun manusia juga, sukakan blog yang cantik dan sedap mata memandang.
  • Blog anda ada interaksi antara pemilik blog dengan pengunjung blog, ini bermakna hubungan antara pemilik blog dengan mereka yang datang ke blog itu ada atau berkait. Ini bagi membolehkan unsur pengaruh itu diterapkan.
  • Advertiser sukakan blog yang tidak bercirikan hasad dengki, mesti disukai oleh para pengunjung, ada tarikan tersendiri.
  • Blog dengan domain sendiri lebih menarik dari blog yang menggunakan platform percuma seperti xanga, blogspot ataupun wordpress.
  • Blog yang ada fan club sendiri. Ini adalah kerana advertiser akan suka blog yang sudahpun ada pengikut sendiri yang ramai, dan blogger tu menjadi idola mereka. Ini boleh disamakan sebagai ... blogger itu menjadi duta produk mereka secara tak langsung.

Ok .. gitulah sedikit panduan hasil usyar blog2 yang ada advertorial ini. Ia mungkin berbeza ikut keperluan oleh advertiser tertentu. Nuffnang pada dasarnya hanya mencalonkan blog yang layak sahaja tetapi peringkat akhir memilih blog yang sesuai untuk iklan Advertorial adalah hak pengiklan.

Jadi, kalau anda ada misi untuk dapatkan advertorial dari pihak pengiklan, cubalah lakukan panduan yang saya berikan tu. Berjaya atau tidak ... akan bergantung seluruhnya pada pihak pengiklan.... ehemm jangan salahkan saya lak nanti ehhh .. atau pihak Nuffnang, sebab ada blog yang memang popular tetapi tidak memikat para pengiklan.

Kalau berjaya ... mana tahu leh cash out macam ni:

14 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. glamer memainkan peranan penting gak, ie bila UV cecah 1k, tp blogger tu kurang glamer or tak de networking?PR yg bagus dgn pihak nuff, memang kirim salam ajerlah jwbnya --me dh baca byk yg mengeluh bab2 advertorial ni :p

    BalasPadam
  2. 1000 uv sehari? nampak gayanya bertahun lagi la br sy boleh capai tahap tu..hehe..

    Jom Lawat: Blog Bardboo
    Make Your Own Personalized Gifts Here

    BalasPadam
  3. tq bro..saya cukup2 inspired dgn post ini

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. memang perit memang pedih nak dapat duit dari nuff..nie perlu masa ngadap blog jer..

    BalasPadam
  6. kalau nak wat blog kat nuffnang nie x kisah ke guna email pe pun yer?? maksudnya dari yahoo ke google ke??

    BalasPadam
  7. Tak kisah, saya ada dua akaun Nuffnang, satu guna Google, satu yahoo ...:)

    BalasPadam
  8. Hahahaha.... perit biasalah .. apa2 benda nak dapat duit memang parah

    BalasPadam
  9. akak dah dpt sikit la hasil dari nuffnang,sket jer walau x banyak,tapi macamana nak pindahkan dalam akaun bank kita..tu yg pening..dah puas gugel,tapi x jumpa

    BalasPadam
  10. Nak pindahkan ke akaun bank??? NUffnang tak boleh, @Akak kena terima cek ... pastu masukkan cek dalam akaun bank, itu je caranya. Dah memang tak ada yang lain -tu sbb tak ada.

    BalasPadam
  11. Memang tak pernah dapat walau sekali advertorial dari Nuffnang ni :-(

    BalasPadam
  12. Tiada yang datang bergolek kan, semua kena usaha. Nak dapat 1000uv, memang perit la pada zumal. 100uv tu boleh gagah la ^_^

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement