Salam semua bloggers.
Dalam apa jua impian, ia seharusnya bermula dengan usaha. Tanpa usaha, kita takkan ke mana-mana. Dalam dunia blog pun begitu juga, kalau kita nak blog kita dikenali, kita kenalah usaha skit. Kalau kita nak blog kita ni menjana income buat kita, kita juga perlu berusaha.

Tak ada jalan pintas sebenarnya dalam mengecapi impian dan kejayaan. Anda nak dapat kerja yang baik dengan gaji lumayan pun, anda perlu berusaha. Jadi, tipulah bila ada impian yang boleh dikecapi tanpa usaha. Ingat magik2 ke .. tetiba nak ada.

Kalau nak cerita pasal sejarah, banyak sejarah dah buktikan bahawa dengan usaha yang tekun, bersungguh-sungguh barulah kejayaan itu manis dikecapi. Macam korang gunakan facebook dan blog ni, dulunya mereka yang ciptakan platform ini bukannya sehari je dok buat kerja ... makan tahun oooo. Dan kini, mereka dah tersangatlah berjaya.

Bukan tu saja. Benda sesimple macam pen nak menulis ... satu pen tu kalau nak buat bukan satu perkara je nak fikir. Kena fikirkan matanya, kena fikirkan batangnya, kena fikirkan dakwatnya ... dan semua-semua tu ada yang menciptanya, dan mereka yang ketengahkan idea itu sehingga terhasil sebatang pen bukanlah bekerja sehari semalam je. Sampai tension2 jugaklah ... tapi hasilnya? Hurmmm .. sangat memuaskan.

Jadi, apa sahaja yang anda lakukan.... kalau nak kejayaan besar, usahalah dengan sungguh2. Kalau kecil usaha anda, maka kecillah ganjarannya. Andai besar usaha yang anda buat, maka hasil akhirnya juga turut berimpak besar.

Ramai yang berjaya sekarang bukan bermula dengan mudah. Mereka tersenyum kini sebab mereka dah jenuh menangis dulu .. mereka dah jenuh berpeluh jantan betina .. mereka dah jenuh kena maki dan diperlekehkan. So, hadapi segala cabaran dalam usaha itu dengan cekal dan tabah.

Saya teringat pesanan simple ini: Usaha Tangga Kejayaan .... dan sampai sekrang saya ingat....

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. setuju !! semuanya memerlukan usaha..makin banyak usaha makin banyak kejayaan yang tercapai

    BalasPadam
  2. yeah ! usaha tangga kejayaan..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement