Amri sejak tahu membaca, saya tak lepaskan peluang suruh dia baca apa sahaja. Foto: Lensahasrul

Salam semua.
Heh. Nampaknya ada yang tak puas hati je tu. Sabar ... sabar. Kebelakangan ni, banyak blog dah muncul macam cendawan tumbuh selepas ujan renyai-renyai. Biasalah tu, perkembangan teknologi ... semua orang excited, begitu juga dengan trend terbaru sekarang ni iaitu vblog. Sejak 1Tube promot suh uplaod video, ramailah blogger yang kepingin buat, disamping ramai yang dah upload kat tempat lain, contohnya YouTube. Dan video ini dijadikan entri di blog.

Dengan ujud banyak blog, persoalan timbul, sejauh mana best blog tersebut ... entrinya berbaloikah nak baca? Kualiti entri .. macam mana? Ada blogger yang macam tak berapa senang dengan fenomena ini, tapi nak wat camner ... tiada siapa, tiada undang2, tiada akta mahupun panduan serius untuk buat entri berkualiti, kalau panduan buat blog tu adalah.... sebab saya pernah baca.

Blog saya entrinya berkualiti tak? Persoalan sama pun saya tanya kat diri saya sendiri. Actually, saya memang tak tahu. Saya tak ada pengalaman yang boleh menjadikan saya seorang pengkritik isi-isi entri dalam blog. Saya tidak mengkaji tentang blog, saya cuma pernah terbabit dalam penkajian soal trafik, soal lampu isyarat jalan, soal lebuhraya ... yang tu saya tahu skit2 ... sebab saya ada tok guru hebat dalam bidang tu yang ajar saya. Dalam blog? Tak ada ... tak ada sapa pun ajar... saya belajar sendiri, belajar dari pengalaman blogger lain, dan dari pengalaman diri sendiri setelah hampir 3 tahun berblog.

Blog memang banyak. Ada kata semua blog ni sampah je banyak sebab entri tak best tapi hairan .. banyak follower, pageview tinggi. Mungkin sebab tuan punya blog banyak wat promo, sehinggakan blognya dikenali dan ramai orang tgk, walhal entrinya tak berapa menarik (kata sesetengah pendapat blogger).

Bagi saya, kemunculan blog dan bloggers baru yang mencanak naik ni bukan satu kehairanan pun. Memang gitu .. nama pun trend....lama2 nanti kuranglah bila muncul benda baru yang lebih menarik.

Entri pula? Pendapat saya, blogger baru .. biasalah, mungkin mula2 mereka nak kejarkan 'populariti' tu, sebab benda tu amat menyeronokkan ... uisshhh sapa tak suka bila popular. Makcik sebelah umah saya pun suka bila dirinya popular. Tapi sebagai blogger baru .... mereka semua dalam proses belajar, jadi bila entri tak berapa ngam ngan citarasa kita, bukan salah mereka pun ...mereka tak tahu.

Saya pun baru belajar dalam menulis entri, mungkin sesetengah kata entri saya best (uhh perasan) tapi ada gak yang tak suka. Jadi tak leh nak sukakan semua orang dan semua blogger.

Blog tempat kita suarakan pendapat peribadi. Blog tempat kita luahkan perasaan terpendam. Blog tempat kita berkongsi pengetahuan (even dah ada yang tahu dan ada blogger dah buat entri serupa). Blog tempat kita berhubungan. Blog tempat kita salurkan maklumat. Dalam apa jua jenis blog dan jenis entri, untuk menghasilkan satu entri yang berkualiti bukan mudah. Serius. Susah. Jadi janganlah kita sebagai blogger yang mungkin tua skit dari mereka nak salahkan mereka kerana entri sampah mereka ... mereka juga seperti kita dulu .. sedang belajar. 

**p.s: Saya bukan blogger otai ... saya tiada qualification dalam cara menulis blog dan entri blog yang menarik, ini hanyalah pendapat saya sahaja (uhhh takuttt kena pulau sekali lagi!)

15 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wow..hehee..
    err blog dil cam pe ehh???

    BalasPadam
  2. salam bro....


    hasil tulisan blogger tu la akan tentukan sama ada blog tu jadi blog sampah atau mcmana. tgk dulu blognya.

    mmg kdg2 bila tgk entri kat blog org, ada jugak rasa boring nak membacanya. maybe sbb kita sndri penat or si penulis tu sndri yg dah tenat. wallahualam...

    xsalah dgn kemunculan ramai bloggers. cuma diharapkan lebih byk info bermanfaat blh dikongsi sbg pengajaran n panduan utk readers sekalian.

    BalasPadam
  3. terasa jugak..masih mengkategorikan diri sendiri sebagai blogger baru. moga-moga ada info untuk dikongsikan di dalam blog saya

    BalasPadam
  4. saya sndri pun ada byk entri sampah kat dashboard yg perlu ditapis sblm saya post kat blog. yg memenatkan dan susah ialah nk cari rujukan berkaitan supaya tak salah sampaikan fakta.

    BalasPadam
  5. Tak pa la, kot...

    bagi la can kat kami...

    mana tau, hari ni sampah. Isok bulih juai, sekilo dua kupang mcm ghetaih sokahabaq pun duit gak...

    La ni sampah pun jadi duit dah.

    BalasPadam
  6. Bukan mudah nak hasilkan entri yang menarik, original dan bukan sampah. Mungkin tak sampah bagi kita, tapi kat orang lain .. lain pula pendapatnya.

    Mencari rujukan yang sesuai adalah salah satu cara menjadikan entri kita itu worthwhile to read. Bila anda persembahkan fakta ... selalunya entri gini diakui bukan entri sampah.

    BalasPadam
  7. baik atau tidak,menarik atau tidak .. aku tetap tidak bersetuju dengan istilah 'sampah' ... apa maksud sampah yg sebenarnya? Kalau kita tidak suka, org lain suka, yang kita suka orang lain x suka .. yg kita anggap baik yang lain anggap tidak baik dan seterusnya ....

    BalasPadam
  8. @sejenakdiperjalananku Hahaha.. yeap betul. Macam dedulu, bila kita selesa dengan lampu yang menerangi kita, lampu tu juga dulu dianggap satu hasilan sampah gak ... sama macam byk invention kini.

    Macam jambatan pulau pinang .. dulu ..perghh ramai yang kata membazir tapi kini ... nak pula jambatan kedua.

    BalasPadam
  9. @Son Of Rubiah Actually ... kalau kita fikirkan .. mana datangnya sampah? ... Sampah tu pun asalnya datang dari benda yang berkualiti gak. Betul?

    Tapi zaman skang, sampah pun orang cari. TAk gitu?

    BalasPadam
  10. sampah2 pun ade jugak org nak bace,,kekeke..maybe blogger cmtu kering idea dan tak berapa ngam dgn dunia luar dan xde idea nak update entri.. hoho terasa haku..

    ape2 pun, majulah blogger utk negara!kekekehh

    BalasPadam
  11. berblog tu ibarat kebebasan bersuara mcm kebebasan untuk melontarkan idea..chewaahhh......rasanya mcm x jd isu pn kot bl blog tumbuh mcm cendawan memenuhi perkarangan pasar-pasar pagi...tp pndagan manusia mn pernah nk sama....chow dulu...hehehe

    BalasPadam
  12. tetibe rasa blog saya macam 'sampah'..hehehehhe~~

    BalasPadam
  13. heheee...a'ah kan..kadang2 rasa macam blog sampah tu pasal r cuba mencarikk info2 yang dapek disharekan utk memberi dan sharing info dgn blogger lain supaya xrasa de sampah dalam bloggg...owhss..kategori sampah ke blog saya tu bro?? hanya org yang mmbaca jer leh menilaikan....neway..gud entry..like dis!!

    Kalo free meh ler singgah my blog....klik je link ini --> mummylovers blog

    BalasPadam
  14. bro,link IR tu salah..link IR tu pergi link blog saye jugak..hehe..


    haha,yeah,this post is damn true..im not going to deny any of the points here..


    but i will not cancel any words that i already said before..bukan sebab ego,riak,sombong,bukan..sebab i love to play with psychology..

    reverse psychology is beautiful..dats y i love to write something rude,maybe ? so that when people read,they take it into their heart,and start to change..

    kalau tak berubah macam mana ? sory to say,,u will fail in blogging if u dont want to change..

    'u' here refer to new bloggers yg x nak dengar cakap la kan..bukan kat bro..


    yep,memang,dlu sy mase newbie pon,post sampah jugak..but in the meantime,i accept whats people said about me..i learn to accept criticism..im willing to change,even kene ktuk


    so here i am..after being tortured,after being humiliated,this is where i stands..strong enough huh ?

    BalasPadam
  15. @woot-woot Yes, we need strong words to make people listen. It's hard nowadays to have people accepting the facts, sebab semua orang rasa mereka betul.

    Mana yang baik .. kita dengar, teliti dan kalau berkesan .. kita ikut.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement