Bersama Gadis Bidayuh. Foto: Lensahasrul
As-Salam. Adehhh ... memang hari ini tak ada idea la nak wat entri apa. Uhh takkan Monday Blues kot? Biar betul. Heh ... apa pun saya berjaya gak cari artikel yang saya fikir akan menggamit pembaca blog ini. Ini kisah nyata ...  dan benar, bukan tipu-tipu ... malah saya fikir masih banyak berlaku kisah yang serupa. 

Saya ingin kongsikan satu pengalaman seorang wanita ini. Dia telah pun bertunang dengan seorang jejaka pilihan keluarga. Meh baca kisanya dan kalau sudi beri komen anda.

Tidak Serasi Pilihan Keluarga

"Perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa. Saling berkait ibarat mencubit paha kanan, terasa paha kiri. Sebab itulah sebelum mendirikan rumah tangga, pasangan harus mengenali antara satu sama lain demi mencari keserasian. Minggu ini berkongsi dilema seorang gadis yang merasakan jodoh yang cuba diatur keluarga tidak serasi dengan dirinya. Semoga kekusutannya dapat dileraikan.

Saya berusia lewat 20-an. Bulan Mac yang lalu, keluarga ingin menjodohkan saya dengan seorang lelaki, biarlah dinamakan A sahaja. Dia telah datang bertandang ke rumah dan saya berjumpanya buat kali pertama. Dapat saya rasakan A lelaki yang baik memandangkan dia juga berasal dari keluarga yang baik. Jadi saya bersetuju untuk berkawan dahulu dengannya.

Namun masalah timbul bila keluarganya beranggapan, saya bersetuju untuk dijodohkan dengan anaknya. Apabila pihak keluarganya menyatakan hasrat untuk datang meminang, keluarga saya pula tidak dapat menghalang memandangkan mereka malu kerana keluarga A sangat disegani dari segi agamanya. Saya pula terpaksa, semua ini berlaku dalam tempoh satu minggu sahaja dari perkenalan kami dan terus bertunang.

Dalam tempoh pertunangan ini, hanya dua kali saya kami keluar bersama, itu pun dengan ditemani orang ketiga. Dari perhubunganini, dapat saya simpulkan kami tidak sesuai dan tidak serasi dari banyak segi. Saya tidak dapat menerima dirinya seadanya, bukan saja sebagai kawan, tunang malah sebagai bakal suami juga.

Kami banyak berhubung melalui e-mel sahaja tetapi semakin banyak yang saya tahu tentang dirinya, semakin banyak perkara yang tidak serasi antara kami terutama dari segi pendapat dan segi pemikiran.

Saya bingung puan. Bagaimana saya mahu berkahwin dengan lelaki yang tidak boleh saya cintai. Saya takut tidak dapat berbakti untuk dirinya seikhlas hati. Bermacam-macam saya cuba termasuk cuba memujuk hati sendiri agar boleh menerimanya. Akan tetapi semakin saya cuba mencari keserasian, semasa kami berhubung melalui e-mel masih tiada kesesuaiannya.

Saya menjadi semakin malas untuk berhubung dengannya meski pun dia tunang saya.

Pada masa yang sama, saya telah berkenalan dengan seorang lelaki, dinamakan B sejak empat tahun lalu melalui seorang kawan.

Kami berkawan biasa sahaja pada mulanya sehinggalah saya bertunang dan dia melahirkan rasa terkejutnya kerana sebenarnya dia menyimpan perasaan kepada saya. Cuma dia tidak menyangka yang saya akan bertunang dalam tempoh terdekat. Saya juga sebenarnya menyimpan perasaan kepadanya. Tetapi semua sudah terlambat. Perkara ini membuatkan saya semakin bingung.

Pihak keluarga semakin mendesak saya untuk berkahwin dengan A sedangkan dalam hati saya memilih B. Tetapi saya nyatakan di sini, bahawa saya tidak akan dapat mencintai A sepenuh hati meskipun B tidak wujud.

Semakin keluarga mendesak, semakin saya tidak menyukai A. Saya belum membuat solat istikharah kerana saya tidak mahu berkahwin dengannya. Bukankah solat istikharah ini untuk membuat pilihan? Saya telah memilih B tetapi keluarga tidak memahami.

Tolonglah saya Puan? Bagaimana untuk membuat keluarga memahami yang cinta itu tidak boleh dipaksa. Saya takut saya berdosa nanti andai saya terpaksa berkahwin dengan A dan saya tidak dapat mencintai dia dan masih teringatkan B.

Keluarga juga mengetahui tentang persahabatan saya dengan B tetapi mereka tidak bersetuju kerana pada pendapat mereka, B ini tidak setaraf sedangkan mereka belum pernah bertemu dengan B.

Mereka cuma mengandaikan begitu kerana mendesak saya berkahwin dengan A yang pada perkiraan mereka sangat baik dari segi akhlak dan agamanya. Memang saya tidak nafikan, agama itu penting tetapi bagaimana pula dengan perasaan saya? B juga bukan seorang yang jahat, cuma bukan dari keluarga ustaz seperti A.

Tolonglah Puan, ayah amat berkeras mahukan saya berkahwin dengan A. Ibu telah meninggal dunia lima tahun lalu dan saya tiada tempat untuk mengadu. Perlukah saya menurut permintaan keluarga dan mengorbankan perasaan sendiri?

Atau saya perlu berterus terang dengan keluarga walaupun saya akan dimarahi dan ditentang oleh ayah saya? Berdosakah saya puan andai saya tetap dengan pilihan saya?"

Dipetik dari: Mingguan Wanita

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. dugaan cinta yg dari dulu menjadi bualan...huhu..beza darjat,, harta dan taraf hidup jadi ukuran...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement