Salam ...
Serius .. saya pernah diraba. Bukan oleh yang berlawanan jantina .. tetapi sesama jantina .. dan bukan rabaan biasa... tetapi rabaan di peha .. yang penuh kelembutan ... aduhhhh ... adehhh. Peristiwa ni dah lama ... berlaku masa awal2 saya mula bekerja selepas pulang dari Penang. 

Pada masa tu, saya berulang-alik ke tempat kerja dengan menaiki bas ... dua bas ... naik dari satu perhentian... turun dan naik lagi di satu perhentian yang lain, tiada direct pengangkutan ke tempat kerja. Jauhnya kalau tengok atas peta ... sebelah2 je .. tapi jaringan jalanraya yang tidak memungkinkan jarak itu didekatkan.

Dalam keterpaksaan itu, saya ok je ... pergi kerja naik bas ... kerja sebagai pegawai .. tetapi naik bas! Ala .. kat KL tu bleh je naik bas .. pedulik apa orang kampung nak kata .. heheehehehe... :) 

Oppss ... tersasar la pulak. Kisah saya kena raba ni berlaku waktu saya nak ke tempat kerja. Dan kebetulan mamat ni yang dah kawin dan dah ada anak pun ... melalui jalan yang sama. Ntah kenapa ... hari tu .. dia berhenti dan offer saya tumpang sekali. Saya yang dah lambat ... nak tunggu bas ntah bila sampai .. saya pun naik je tanpa rasa apa2 pun.

Dalam 10 minit dalam kereta ... dalam sembang2 tu .. tetiba tangan dia berada di atas peha saya ... uhh gelemannnn yeoppp ..... mana taknya .. tangan lelaki kat atas peha .. dalam kereta berdua .... siap nak menjalar-jalar kat tempat yang tak sepatutnya..... fuhhh .... sib baik saya bawak beg .. dan dengan automatik saya letak beg di atas peha .....

Itulah ... kerna beg itu ada .. saya dapat elak dari kena raba-rabaan lagi ... kalau tak ntah .. nak terjun keluar kereta .. mati katak la pulak nanti. Kejadian ni saya ceritakan kat rakan pejabat, dan mereka akui memang mamat tu jenis lembut2 skit dan memang suka 'bermanja' dengan lelaki tetapi tidaklah sampai buat sumbang.

Apapun .. saya tetap ingatlah kejadian tu sampai sekarang ....malah tiap kali saya nampak dia ... samada saya yang mengelak atau dia yang mengelak dari bertembung ....  ntah kenapa .... hari dalam tiada siapa yang tahu .. hati saya .. tentulah saya tak nak kena raba lagi .. apaaaa daaaa... :P

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement